Make your own free website on Tripod.com
GERAKAN REFORMASI RAKYAT
 

Skandal Danaharta Vs Danamodal

Dalam perancangan jahat Mahathir dan Daim untuk mengekalkan kuasa mereka, satu perancangan jahat telah dilakukan dengan melemahkan ekonomi orang Melayu. Perancangan mereka berdasarkan premis selagi orang Melayu miskin dan lemah selagi itu mereka akan menyokong UMNO dan Barisan Nasional. UMNO Dan Barisan Nasional sanggup melihat orang Melayu menjadi pengemis asalkan mereka menyokong UMNO dan secara langsung mengekalkan kuasa Mahathir , Qarunnya iaitu Daim dan Haman-Haman mereka yang terdiri daripada para Menteri dan Wakil Rakyat UMNO dan BN.

Bermula dengan penarikan bayaran Royalti minyak dari rakyat Terengganu yang 95% terdiri dari orang Melayu, Mahathir dan kuncu-kuncunya berjaya melemahkan salah satu daripada sumber kekuatan ekonomi orang Melayu di Pantai Timur. Di Kelantan sumber gas aslinya disalurkan melalui dasar laut yang menghubungkan terus ke Negara Thai maka rakyat Kelantan tidak akan dapat menikmati bayaran Royalti hasil dari perut bumi negeri Kelantan. Sekali lagi Mahathir dan kuncu-kuncunya dapat melemahkan ekonomi orang Melayu di Kelantan. Di negeri-negeri lain Mahathir tahu kerajaan dipimpin oleh mereka-mereka yang korup yang tidak mungkin dapat membela nasib orang Melayu. Setakat menjaga periok nasi sendiri dan kroni-kroni disekeliling mereka bolehlah.

Selain dari Royalti Petroleum dan Gas, Mahathir dan kuncu-kuncunya telah mengarahkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ketua bangsa Cina Ong Ka Ting supaya membatalkan waran atau geran untuk pembinaan rumah kos rendah di Negeri Terengganu agar orang Melayu tidak dapat menikmati kemudahan tempat tinggal. Menteri Kewangan tidak membenarkan Kerajaan Negeri Kelantan mendapat pinjaman untuk menyediakan kemudahan air untuk rakyatnya yang terdiri dari orang-orang Melayu. Ini adalah sebahagian dari peracangan mereka untuk melemahkan pemikiran dan kegiatan orang Melayu.

Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini Daim telah mengarahkan Danaharta membeli hutang tidak berbayar (Non Performing Loan) syarikat Hottick Investment Inc. sebuah syarikat yang berdaftar di Hong Kong kepunyaan Halim Saad yang berhutang dengan Malayan Banking, Rashid Hussein Bank, Bank Of Commerce dan Bank Bumiputra sebanyak RM 3.0 Billion akibat daripada kerugian pelaburan dalam sebuah Syarikat Phillipine National Steel Incorporation dengan harga RM 4.00 sahaja. Hasil dari pembelian hutang ini oleh Danaharta maka Halim Saad terlepas dari tindakan bankrupsi oleh Bank-bank tersebut. Yang menanggong beban hutang RM 3.0 billion ini ialah Bank-Bank yang dipunyai oleh Kerajaan Malaysia dan rakyatnya. Halim Saad yang merupakan proksi kepada Daim terselamat dari apa-apa tindakan mahkamah untuk mendapat balik hutang tersebut. Perlu diingatkan bahawa harta Halim Saad lebih dari mencukupi untuk membayar hutang tersebut. Tetapi oleh kerana ia kepunyaan Daim, maka mereka biarkan bank-bank ini untuk menanggong kerugian tersebut dan harta Daim terselamat. Inilah cara Daim untuk menhancurkan ekonomi orang Melayu dan Negara yang disokong oleh Mahathir.

Danamodal juga diperkudakan oleh Mahathir untuk menhancurkan ekonomi orang Melayu. Baru-baru ini Danamodal diarah untuk mengambil alih MBF Finance sebuah syarikat kewangan orang Cina untuk diselamatkan dengan harga RM 1.6 Billion. Sejurus selepas diambilalih Danamodal menjual 60% daripada equiti nya yang bernilai RM 960 juta kepada Multi Purpose Bank sebuah Bank yang dikuasai MCA dengan harga RM 480 juta yang mengakibatkan Danamodal kerugian RM 480 juta semata-mata untuk menyelamatkan sebuah Institusi kewangan Cina dan menjual kepada sebuah Bank yang dikuasai MCA pula. Yang menanggong kerugian ialah duit Kerajaan yang dikuasai oleh UMNO dan rakyat jelata.

Ini tidak termasuk lagi arahan-arahan Mahathir dan Daim kepada Institusi kewangan lain seperti Tabong Haji, PNB, Petronas, KWSP dan lain-lain yang melibatkan berbillion-billion ringgit semata-mata untuk menghancurkan ekonomi Bangsa Melayu yang selama ini dipertahankan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dilain warkah saya akan menghuraikan lagi perancangan-perancangan jahat Mahathir dan Daim untuk menghancurkan Bangsa Melayu di Tanah Melayu ini iaitu :

1. Hidup Mahathir!!! Hidup Mahathir!!! Hidup Mahathir!!!

2. Hancurkan Bangsa Melayu!!!

3. Melayu Lemah UMNO Hidup

Oleh
Awang Siber @ ...