GERAKAN REFORMASI RAKYAT |
28.09.2000
Salam
Reformasi
MALAYSIAKU
BERNODA
Entahlah,
terkadang usaha sering terbatas dengan sekatan dinding batu yang tidak mahu
memberi ruang untuk kita melepasinya. Perjuangan sesuci ini, menuntut kebenaran
dan keadilan masih dilanggari oleh kepimpinan UMNO yang menutup hati lantas kelu
dan terus mati. Apakah mereka tidak sedar bahawa di balik tembok batu dan bilik
berpalang besi itu ada insan yang di hina, di nista dan di fitnah dengan
sejijik-jijik fitnah oleh kepimpinan mereka. Sikap tidak endah mereka
mengerunkan kita yang bernaung di bawah kepimpinan negara kita ini. Bayangkan,
fitnah meliwat, memukul Sdr Anwar dan mencabuli segala bentuk keadilan dan
sistem mahkamah demi menghancurkan manusia ini tidak dihiraukan oleh pemerintah
kita. Apakah ini memberi petunjuk bahawa kepimpinan ini peduli tentang susah
senang kita? Apakah dengan mereka menutup mata kepada kemungkaran dan
kepincangan Dr Mahathir menunjukkan sikap bahawa kita akan terbela dari
kezaliman dan penindasan? Apakah ini contoh mereka yang prihatin kepada rakyat?
Apakah membenarkan polis membelasah pendokong reformasi dan kepimpinannya
menunjukkan sikap mesra mereka kepada rakyat? Semua ini tidak melambangkan
mereka layak untuk memimpin kita. Semua ini tidak melayakkan kita bernaung di
bawah mereka.
Mereka
langgar segala sistem baik demokrasi, keadilan dan kehakiman untuk menegangkan
kepincangan dan kecelakaan perbuatan mereka. Apakah ini kepimpinan kita. Negara
ku kini bernoda hasil pememrintahan mereka.
Kembalikan
Malaysia ini kepada rakyat.
Komentar
Bebaskan
Anwar Ibrahim