GERAKAN REFORMASI RAKYAT
 

 

Pendapat Rakyat Perihal Royalti Minyak Terengganu

Pada pendapat saya adalah lebih baik PAS membawa kes wang royalti ke mahkamah. Apa yang saya perhatikan ialah kerajaan BN telah melakukan empat kesilapan besar iaitu memusuhi kaum Cina, tidak menarik balik kenyataan dan memohon maaf kepada kaum Cina, isu wang ehsan, membicarakan wang ehsan di TV3/4 pada hari Ahad 25 September 2000 yang mempunyai kaitan dengan hujah saya.

 

Jika isu ini dibicarakan di mahkamah, kerajaan Persekutuan boleh memilih dua keputusan:

1.       Kerajaan Persekutuan berhak menarik balik wang royalti dan menggantikan dengan wang ehsan. Pendek kata apa yang kerajaan buat adalah betul. Kerajaan Persekutuan menang dalam kes ini.

  1. Perjanjian diantara Petronas antara Terengganu adalah sah disisi undang-undang. Pemberian wang royalti hendaklah diberikan kepada Terengganu mengikut perjanjian yang telah dibuat. Kerajaan Terengganu menang dalam kes ini.

 

Mahathir, anak-anak Mahathir dan kroni-kroni sudah tentu akan memilih keputusan pertama. Mereka tidak sabar-sabar lagi untuk mengebas duit royalti milik Terengganu. Jangan percaya cakap kerajaan bahawa semua rakyat Terengganu akan menikmati faedah pemberian wang ehsan. Hanya Mahathir dan suku-sakatnya saja yang dapat habuan.

 

Kerajaan Terengganu sepatutnya mengambil peluang untuk mendapatkan reaksi daripada orang ramai dalam dan luar negara untuk mengutuk dan mengecam habis-habisan tindakan kerajaan yang begitu rakus sekali merampas hak milik rakyat Terengganu. Kerajaan Terengganu hendaklah memperbesar-besarkan isu ini untuk menjatuhkan kredibiliti BN sehingga ke satu tahap yang paling rendah. Selepas itu, rakyat akan bersimpati dengan Terengganu. Kalau boleh jadikan isu ini sama hebat dengan kes DSAI dan dapatkan bantuan daripada media asing.

 

Kredibiliti kerajaan Persekutuan sudah tercemar dan tercalar dalam kes DSAI, Al-Ma’unah, kedudukan istimewa orang Melayu, Suqiu = komunis dan ditambah pula dengan kes royalti minyak, sudah tentu kredibiliti BN akan bertambah buruk. Semakin ramai orang Melayu akan membenci dan tidak percaya lagi kepada UMNO. Kemenangan kerajaan Persekutuan dalam kes ini akan menyebabkan semakin ramai orang Melayu beralih ke BA pula. Ia memberi kelebihan kepada BA.

 

PAS harus berkorban yang mereka kehilangan wang royalti. Saya rasa kekalahan mereka berbaloi jika ia dapat memburukkan lagi kredibiliti BN. Imej dan kredibiliti yang tercemar ialah kelemahan utama BN dan PAS harus mengeksploitasikan keadaan ini. Sudah tentu BN tidak menyangka yang perbuatan balas dendam mereka akan menyusahkan diri sendiri.

 

Mengenai orang Cina, jangan harap mereka akan bersimpati kepada BN. Mereka juga merupakan golongan yang dianiaya oleh PM gila. Oleh itu, PM telah melakukan kesilapan yang besar iaitu dia tidak sepatutnya memusuhi kaum Cina malah dia tidak mahu meminta maaf kepada mereka. Ia menambahkan lagi kebencian orang Cina terhadap Mahathir. Jika dia tidak memusuhi orang Cina, sekurang-kurangnya dia ada masih ada lagi sokongan daripada mereka. Kini, tiada siapa yang mahu menyokongnya lagi. Kesilapan memusuhi orang Cina membawa padah yang buruk kepadanya. Sudah tentu Mahathir akan menyesal habis kenapa dia tidak mahu meminta maaf kepada kaum Cina. Kalau dia minta maaf kepada kaum Cina, sekurang-kurangnya ada juga golongan yang masih mahu menyokongnya. Keegoan, kedegilan dan kebebalan Mahathir memakan diri sendiri.

 

Perbincangan isu wang ehsan di TV3/4 menunjukkan kesungguhan kerajaan BN yang mahu meyakinkan dan menjelaskan kepada orang ramai mengenai wang ehsan. Ia menunjukkan kesungguhan BN dalam mempertahankan apa yang mereka buat adalah benar. Ia menunjukkan BN inginkan kemenangan jika kes dibawa ke mahkamah Oleh itu, tiada jalan lain bagi BN iaitu memilih keputusan pertama. BN tidak boleh memilih keputusan kedua, kerana ia akan menimbulkan kesangsian kepada orang ramai kenapa kerajaan Terengganu boleh menang dalam kes ini sedangkan BN mempunyai niat untuk merampas hak milik orang Terengganu.

 

Oleh yang demikian, perbincangan isu ini di tv merupakan satu kesilapan di mana kerajaan tidak mempunyai pilihan iaitu mereka tidak boleh kalah dalam kes ini yang seterusnya akan membawa kepada perpecahan orang Melayu yang lebih serius. Perbincangan isu wang ehsan di tv melemahkan lagi BN. Nampaknya keputusan pertama tidak akan memihak kepada BN.

 

BN menyangka kemenangan Terengganu dalam keputusan kedua membuktikan kewibawaan sistem kehakiman masih terpelihara dan tidaklah seteruk mana seperti yang disangkakan. BN berharap sedikit sebanyak ia dapat memperbaiki imej dan kredibiliti yang tercalar. BN juga berharap keyakinan dan kepercayaan rakyat akan bertambah.

 

Saya berpendapat, PM gila juga ingin memilih keputusan kedua yang amat penting baginya. Dia terpaksa cari jalan bagaimana mahu mengembalikan maruah, imej dan kredibiliti yang tercalar. Keputusan kedua adalah sesuai baginya yang membolehkan dia meraih semula sokongan rakyat kepadanya. Ini bersesuaian dengan hasratnya yang mahu menumpukan lebih perhatian terhadap parti UM NO yang bertujuan untuk menyatupadukan orang Melayu.

 

Persoalannya ialah adakah Mahathir sanggup membenarkan Terengganu menerima semula wang royalti jika Terengganu menang. Ini bermakna jika wang yang diterima dan digunakan dengan sebaik-baiknya sudah tentu Terengganu akan lebih makmur dan menyukarkan lagi buat BN untuk merampas kembali Terengganu pada pilihanraya umum nanti.

 

Adakah PM yakin dia dapat memancing semula sokongan rakyat jika Terengganu menang? PM terpaksa buat pilihan bangang, yang mana satu lebih penting baginya: soal nak jaga dan pulih maruah, kredibiliti dan kewibawaan mahkamah atau nak kebas duit orang.

 

Pada pendapat saya, keputusan kedua juga tidak membantu BN. Kenapa rakyat pilih sesebuah parti? Rakyat pilih sesebuah parti kerana mereka percaya dan yakin yang parti yang dipilih itu akan menunaikan tanggungjawab dan janji kepada mereka. Apabila sesebuah parti itu gagal menunaikan tanggungjawab, janji, menyalahgunakan kuasa mereka, menyekat kebebasan dan lain-lain, rakyat tidak akan percaya dan yakin lagi terhadap parti itu. Kalau rakyat sudah kehilangan kepercayaan dan keyakinanan, apa saja cara UMNO/BN mahu meraih semula sokongan rakyat tidak akan berjaya.

 

Itulah yang terjadi kepada UMNO dan BN. Keyakinan dan kepercayaan amat penting bagi rakyat. Tidak hairan, UM NO sukar mendapatkan semula kepercayaan daripada orang Melayu kerana saya percaya tiada peluang kedua diberikan kepada UM NO malah banyak peluang telah diberikan kepada UM NO untuk membetulkan keadaan. UM NO harus menyalahkan diri sendiri. Jika kerajaan Persekutuan kalah bagi menunjukkan kewibawaan mahkamah, ia tidak dapat mempengaruhi pemikiran rakyat. Ia adalah perbuatan yang sia-sia saja.

 

Rakyat tidak sebodoh seperti mana yang disangkakan. PAS harus membuat penjelasan mengenai muslihat BN jika membenarkan kemenangan Terengganu kepada rakyat dan media asing. Media asing sudah tentu akan memperbesar-besarkan lagi isu ini. Keputusan kedua menguntungkan Terengganu yang dapat balik wang royalti dan masalah BN tetap tidak dapat diselesaikan.

 

PM berada dalam dilema. Ia menyebabkan PM serba salah. Jika pilih keputusan pertama, kroni Mahahtir suka. Makin ramai rakyat tidak percaya, hilang keyakinan dan benci terhadap PM. Pelabur asing tidak mahu lagi melabur di Malaysia. Jika pilih keputusan kedua rakyat tetap tidak akan ubah pendirian yang menolak UMNO dan BN. Terengganu pula menerima balik wang royalti. Kroni dan anak-anak Mahathir akan merajuk. Kedua-dua keputusan tidak memihak kepada BN. Mungkin dalam hati PM berkata "menyesal aku main api dengan PAS"

 

Oleh itu, UMNO dan BN telah melakukan satu kesilapan yang besar. UMNO sangka dendam terhadap PAS dapat dibalas tetapi apa yang berlaku ia telah memberi satu peluang yang baik kepada PAS untuk menghukum dan mengenakan jerat kepada UMNO atas sebab tersilap langkah. Jika isu wang ehsan menjadi kes mahkamah, BN akan rugi. UMNO dan BN tidak akan terlepas dari jerat.

 

Ia macam dalam permainan Tic-Tac-Toe yang menggunakan simbol pangkah dan bulatan. Pemain A boleh mengenakan perangkap kepada pemain B di mana apa saja keputusan yang dibuat oleh pemain B akan menemui kegagalan dan memberi kemenangan kepada pemain A. PAS mestilah membawa kes ini ke mahkamah yang memastikan UMNO dan BN tidak boleh terlepas dari jerat akibat tersilap membuat perhitungan.

 

Saya hairan adakah UMNO/BN terfikir apakah akibat bermain api dengan PAS iaitu menimbulkan isu wang ehsan. Tidak ada bezanya sama ada kerajaan Persekutuan atau Terengganu yang menang dalam kes mahkamah. Yang saya tahu ia akan menakutkan para pelabur asing yang akan memberi kesan yang buruk pada jangka masa panjang. Ia menunjukkan semua perbuatan mereka mengikut perasaan dan tidak memikirkan kepentingan negara. Hancur dan jahanam negara dibuatnya.

 

Perbuatan mereka seperti mengali lubang sendiri.Tak tahulah siapa yang cipta isu wang ehsan, Mahathir atau Lies Yatim. Yang saya tahu mereka akan menyesal habis kenapa mahu cari pasal terhadap PAS. Akhirnya apa yang mereka buat, menjahanamkan diri sendiri akibat bermain api dengan PAS. Saya percaya semua perbuatan UMNO dan BN adalah petunjuk daripada Tuhan dan ia terpulang kepada PAS untuk menerima petunjuk daripada Tuhan.

 

Double Sadness