GERAKAN REFORMASI RAKYAT
 

AMANAH SAHAM JOHOR
125,554 RAKYAT JOHOR RUGI RM210 JUTA

 

Harapan 125,554 pelabur Amanah Saham Johor (ASJ) untuk melihat harga unit amanah mereka kembali pulih selepas kegawatan ekonomi menjadi tipis apabila harga ASJ terus kekal sekitar 26 sen walaupun diwar-warkan bahawa ekonomi negara telah pulih sepenuhnya. Mengikut Laporan Pengurus ASJ bertarikh 31 Mei 2000 nilai aset bersih se unit ASJ ialah 35 sen. Tetapi dari tarikh tersebut harga se unit ASJ terus menjunam hingga mencecah 26 sen dan menyebabkan rakyat Johor kerugian RM 210 juta.

Sikap Kerajaan Johor dan Pelaburan Johor Berhad sangat mengecewakan. Kerajaan Johor mengambil sikap lepas tangan dan tidak mahu terbabit dengan nasib 125,554 rakyatnya yang telah rugi. Sementara Pelaburan Johor Berhad pula cuba memberi harapan kepada pelabur ASJ bahawa keadaan akan pulih dan mereka akan kembali meraih untung. Sampai bila rakyat sanggup tunggu. Kebayakkan pelabur yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, swasta, peniaga dan surirumah telah melabur melalui pinjaman bank dan kini terpaksa memikul beban membayar ansuran bulanan yang tinggi. Bagi rakyat Johor pelaburan adalah simpanan untuk keperluan masa depan seperti pembayaran pelajaran, kos perubatan dan deposit membeli rumah. Kini masadepan mereka sudah tidak menjanjikan harapan.

Kerajaan bertanggungjawab ke atas kerugian rakyat Johor. Rakyat Johor rugi bermula dari tindakan Kerajaan Putrajaya menggunakan langkah ekonomi untuk menangani krisis politik. Kerajaan Putrajaya telah berjudi dengan langkah kawalan modal untuk menidakkan segala program pemulihan ekonomi yang diperkenalkan oleh Menteri Kewangan ketika itu. Menteri Kewangan ketika itu, Dato Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan dasar kewangan fiskal untuk mengelak Malaysia dari terjerumus ke satu krisis yang parah. Perdana Menteri , Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed tidak senang kerana dasar-dasar yang diperkenalkan Anwar tidak menguntungkan kroninya. Contohnya dasar fiskal yang dibentang Anwar di Parlimen pada Mac 1998 mengutamakan peruntukan kewangan kepada petani, nelayan dan peniaga kecil. Sementara itu Anwar bertegas memotong perbelanjaan projek mega seperti pembinaan Putrajaya.

Langkah ini memang tamparan kepada hajat Dr. Mahathir. Apabila kehendaknya dan kepentingan kroninya tidak dijaga Dr. Mahathir mula menggangu tugas Menteri Kewangan. Dia mula dengan memberi pandangannya tentang krisis kewangan dan setiap kali dia membuka mulut keyakinan pelabur kepada Malaysia terjejas. Walaupun dinasihatkan oleh Anwar supaya jangan memburukkan keadaan, Dr. Mahathir tetap berdegil. Sementara itu desakan daripada kroni supaya Anwar disingkir dipersetujui. Dr. Mahathir memusnahkan segala program pemulihan Anwar dengan memperkenalkan langkah kawalan modal pada 1hb. September 1998. Pada hari tersebutlah Indek Pasaran Saham jatuh ke paras terendah 262 mata. Esoknya, Dr. Mahathir memecat Anwar dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Dua hari sebelum itu, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ahmad Don yang berasal dari Johor dan Timbalannya meletak jawatan. Untuk menutup tindakan kotornya, Dr. Mahathir mencipta tuduhan Anwar sebagai ejen IMF dan Bank Dunia.

Dr. Mahathir dan kroninya berjaya melaksanakan rancangan politik mereka tetapi rakyat Johor terpaksa membayar harga yang mahal. Semenjak tarikh 1hb. September 1998 harga ASJ tidak berdaya untuk dipulihkan. Ditambah pula dengan sikap Kerajaan Johor yang dilihat tidak memberikan komitmen sepenuhnya kepada ASJ, terserahlah kepada Pengurus Dana di Pelaburan Johor Berhad untuk mengurus ASJ mengikut professionalisme mereka.

Di dalam iklim pelaburan yang ada, keupayaan Pengurus Dana mengembalikan harga ASJ sangat terbatas. Pertamanya, Dana ASJ menghadapi risiko kecairan. Pembayaran dividen bersih sebanyak RM 15 juta akan menghabiskan segala tunai dan mudah tunai yang ada di dalam simpanan sekarang. Sebenarnya, Pengurus Dana tidak mampu membayar dividen tersebut. Ini kerana pengisytiharan dividen dibuat bergantung kepada keuntungan atas kertas yang belum diperolehi sebanyak RM29.5 juta. Kerugian terkumpul Dana pula ialah sebanyak RM179.5 juta. Pengurus Dana dijangka tidak ada banyak pilihan untuk mengubah portfolio saham. Keduanya, keyakinan pelabur terhadap KLSE masakini adalah ditahap terendah. Pelabur tempatan dan pelabur asing tidak yakin kerajaan akan berbuat sesuatu untuk kebaikan mereka. Tambahan pula Malaysia terkenal degan dasar yang tidak konsisten dan kekerapan membuat kejutan yang menakutkan masyarakat pelabur. Malaysia lebih berminat bermain dengan kejutan daripada membina keyakinan pelabur. Pengurus Dana ASJ hanya boleh menggelengkan kepala.

Masadepan ASJ berada dalam bahaya. Pelabur dijangka terus mengalami kerugian. Kenyataan Dr. Mahathir sewaktu perutusan Hari Kemerdekaan ke-43 bahawa ekonomi negara telah pulih sepenuhnya sepatutnya memberi harapan. Tetapi rakyat tahu kenyataan tersebut sebagai halwa telinga dan cakap bohong. Bukti harga ASJ tak boleh pulih menunjukkan Dr. Mahathir memperdaya rakyat. Masyarakat pelabur tahu ekonomi negara setakat ini hanya dibiayai oleh hutang sektor perbankan dan perbelanjaan pembangunan kerajaan. Setelah tidak ada pilihan lain kerajaan beralih kepada simpanan rakyat sebagai sumber menjana ekonomi. Inilah dia pertumbuhan yang dilaungkan. Keengganan kerajaan mengubah sikap akan menyebabkan harga ASJ jatuh di bawah paras 20 sen. Kerajaan Johor patut berbuat sesuatu untuk mengurangkan kesan buruk terhadap rakyatnya. Sudah sampai masanya pemimpin peringkat negeri mengenepikan perbezaan politik untuk kepentingan rakyat.

Akhirnya, pelabur ASJ wajar menuntut satu siasatan bebas dibuat oleh firma perakaunan ke atas segala perubahan pelaburan di dalam portfolio sahamnya. Ini perlu memandangkan kedudukan harga ASJ yang tidak mencerminkan pemulihan indek KLSE. Adakah ianya berpunca dari ketidakcekapan atau penyelewengan? Siasatan ini perlu meliputi tahun-tahun 1992 hingga 2000. Pengurus Dana patut bersedia untuk disiasat kerana mereka pernah menjanjikan harga RM5.00 bagi setiap unit ASJ.

Malaysian Unit Trust

Latest

4/2/00

 

6/8/99

 

31/7/97

 

Volatility

Micropal

 

Fund

4/8/00

 

4/8/00

 

4/8/00

   

Star

 

Size

% Chg

Rank

% Chg

Rank

& Chg

Rank

 

Ranking

 

(RMm)

Six Month

 

1 - Year

 

3 - Year

     

Sector  State Funds

                 

Amanah Saham Johor PJB

86.33

7.53

1

29.93

1

-76.20

4

16.77

 

Saham Amanah Sabah

143.39

-19.44

3

26.09

2

-64.02

2

17.82

 

PJB Dana Johor

120.08

-21.43

4

10.00

2

-73.49

3

13.33

 

PKB Tabung Kumipa

64.11

-14.04

2

0.00

4

-31.57

1

10.72

 

Mean / Count

103.48

-11.85

4

16.50

4

-61.42

4

14.66

 

Dipetik dari majalah SmartInvestor    September 2000     muka surat 72 .