GERAKAN REFORMASI RAKYAT
 

PENJENAYAH JADI PRESIDEN UNIVERSITI ISLAM....

Kita baca tulisan beberapa penulis yang mengulas tentang sanusi junid. memang jelas bintang sanusi semakin pudar dan malap. Sikapnya cukup memalukan SELURUH DUNIA ISLAM, bukan sahaja Malaysia.

Apakah tidak malu bila Presiden sebuah Universiti Islam Antarabangsa di ketuai oleh seorang PENJENAYAH ! UIAM bukan setakat milik Malaysia. Ia milik dunia Islam. Ia milik ummah. Disinilah harapan ummah. Masa depan ummah dengan agenda membina generasi muda Islam dari lebih 99 negara menuntut ilmu. Merekalah masa depan ummah untuk membentuk satu dunia baru islam yang berwibawa.

Setelah berbagai peristiwa hitam berlaku dalam negara. Dengan kes rasuah pemimpin besar yang tidak pernah selesai. Salah guna kuasa mahadir dan kuncu-kuncunya. Dari Rafidaj hinngalah Rahim Tambi Chik. Dari Lim Liong Sik hingga ke Samy Vellu. Itu semua orang tau.

Sekarang pula timbul isu Sanusi yang tak dikehendaki oleh persatuan belia yang ditunganginya selama 28 tahun, yang sekarang tak mahu jadi tunggangan lagi hinggalah kes gengsterisma di KLIA. Sungguh meng`aibkan seluruh umat Islam diserata dunia.

“Presiden universiti anak aku kaki gangster...” Itu lah keluhan para penjaga mahasiswa UIAM diseluruh dunia. Memalukan UMMAH seluruhnya. Presiden UIAM seorang PENJENAYAH. THE PRESIDENT OF IIUM IS A CONVICT !!! What a shame....shame. Where to put the face? Walau sedikit mana pun denda yang dikenakan, PENJENAYAH TETAP PENJENAYAH. Apakah ada dalam budaya kita, ketua adalah seorang penjenayah ? PENJENAYAH ADALAH SAMPAH MASYARAKAT ! Sehinggalah ia bertaubat nasuha.

Sipenjenayah inilah yang bersusah payah membawa tuannya mahadir ke kampus UIA di gombak baru-baru ini. Objektifnya mudah...untuk membaiki imej mahadir yang punah. Maka mahasiswa dipaksa menghadiri, termasuklah juga kakitangan. Maka berhimpunlah mereka untuk mendengar rapuan sang pemimpin yang gilakan TANGGA (refer to kisah Tok Ampoo). Sampai tak mau turun-turun.

Oleh itu gerakan ummah harus menuntut agar SANUSI LETAK JAWATAN. Ini adalah untuk menyelamatkan air muka ummah Islam malaysia dan seluruh dunia. UNIVERSITI ISLAM AANTARABANGSA MALAYSIA harus dipertahankan integritinya sebagai sebuah pusat ilmuan islam yang dihormati. Jangan jadikan UIA sebagai sebuah universiti yang bengkrap kepimpinan hanya kerana seorang manusia yang tidak tahu malu dan takabbur.

Bapa Pelajar
Jerlun, Kedah