GERAKAN REFORMASI RAKYAT
 

MAHATHIR BERSARA …….. AH!! TAK MUNGKIN…..???

Mahathir@Mahafiraun kini buat satu lagi sandiwara….. seperti kenyataanya dimedia kroni …. Beliau akan bersara apabila UMNO@BN dapat dikukuhkan kembali……???

Kita wajib mengambil berat tentang tawaran Mahathir@Mahafiraun ini …… dan beberapa kenyataan beliau dimedia elektronik dan cetak kroni sebelum dia kata nak bersara dari jawatan Presiden UMNO@BN ……

1) Saya akan meletakkan jawatan jika Ekonomi Negara dapat dipulihkan seperti sediakala.

2) Saya akan meletakkan jawatan jika Orang Melayu dapat disatukan dalam UMNO@BN .

3) Saya akan meletakkan jawatan jika Negara dapat dipulihkan kelandasan yang benar.

4) Saya akan meletakkan jawatan jika saya gagal mentadbir negara secara jujur dan ikhlas.

5) Saya akan meletakkan jawatan jika rakyat telah tidak suka kepada kepimpinan saya.

6) Saya akan meletakkan jawatan jika terbukti Anwar Ibrahim memang tidak bersalah.

7) Saya akan meletakkan jawatan jika UMNO@BN telah lari dari landasan memperjuangkan hak rakyat dan bangsa Melayu.

8) Saya akan bersara jika UMNO@BN dapat dikukuhkan kembali, untuk memperjuangkan hak bangsa dan negara.

Lapan kenyataan diatas sudah cukup membuktikan Mahathir@Mahafiraun adalah seorang yang bercita-cita tinggi untuk menjadikan dua jawatan utama…yakni Perdana Menteri Dan Presiden Parti Berhala UMNO@BN sebagai jawatan seumur hidup beliau … serta mewariskan jawatan tersebut kepada anak-anak beliau …. Seperti sistem raja-raja Melayu …. ??? Apakah kita masih mahu percayakan Mahathir@Mahafiraun akan bersara atau letak jawatan …… ?? mati hidup balik pun mustahil ia akan berlaku …..??? yang nyata lagi benar …. Mahathir@Mahafiraun telah berkali-kali memberi amaran dan memberitahu juak-juaknya terutama dari parti patung berhala UMNO@BN serta penyokong Barisan Alternatif …. Usah dipaksa dan harap dia akan meletakkan, malah bersarapun dia tak mahu dan tak mampu ….. tak kan Mahathir@Mahafiraun bersedia untuk menerima padah seperti Marcos dan Suharto …… belumpun mati perbicaraan dan tuduhan telah dilakukan oleh orang kanan dan rakyat jelata ….. ??? ini benar-benar menakutkan Mahathir@Mahafiraun ……???

Apa nak diharap pada UMNO@BN lagi … nak dikukuhkan apa ….. UMNO@BN telah lama dikuburkan oleh orang UMNO sejak tragedi 2hb.Sept.1998 … jadi nak dikukuhkan apa oleh Mahathir@Mahafiraun …..???? tapi disebaliknya memang Mahathir@Mahafiraun nak mengukuhkan kuasa dan harta serta juak-juak penjilatnya sehaja…..??? Mahathir@Mahafiraun yang pastikan tidak akan melepaskan UMNO@BN dari gengaman beliau.

"Rakyat Dijajah UMNO@BN"
- 8hb.Okt.2000