Make your own free website on Tripod.com
GERAKAN REFORMASI RAKYAT
 

Ekonomi Pulih ??? Mana Janji Mu Wahai Mahathir????

Ingat atau tidak apabila engkau memberitahu kepada rakyat bahawa salah satu sebab Dato Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai Menteri Kewangan ialah kerana ekonomi jatuh merudum akibat daripada kelemahan Dato' Seri Anwar mentadbir ekonomi negara??? Dato' Seri Anwar dituduh kononnya terlalu mengikut telunjuk IMF seolah-olah Dato' Seri Anwar ejen kepada penjajah Barat.

Engkau menjanjikan kepada rakyat bahawa ekonomi akan pulih dalam masa 3 bulan apabila Qarun engkau, Daim Zainuddin mengambil alih jawatan Menteri Kewangan. Engkau memberitahu rakyat bahawa Daim Zainuddin adalah genius dalam pentadbiran ekonomi negara. Apabila dalam masa 3 bulan ekonomi negara tidak dapat dipulihkan engkau membohongi rakyat bahawa engkau perlu lebih banyak masa lagi untuk memulihkan ekonomi negara. Engkau janji kepada rakyat bahawa sekiranya ekonomi pulih engkau akan turun dari takhta kuasa engkau.

Mahathir..... sekarang lebih 2 tahun engkau memecat Dato' Seri Anwar Ibrahim, tidak ada langsung tanda-tanda bahawa ekonomi telah pulih. Indeks komposit Pasaran Saham Kuala Lumpur hidup segan mati tak mahu. Kalau tidak ada campur tangan kerajaan Indeks KLSE sudah menjunam dibawah paras 700 mata, lebih teruk keadaannya daripada semasa ekonomi jatuh merudum pada bulan Julai 1998. Hutang lapok bank-bank dalam masa 3 bulan mencecah lebih 9.0 billion ringgit menurut laporan terbaru Bank Negara.

Qarun engkau menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang dia dan engkau mempunyai kepentingan dengan menggunakan dana-dana kerajaan dan rakyat seperti Petronas, EPF, Tabung Haji, Danaharta, Danamodal, Khazanah Holding, bank-bank dan sebagainya. Negara hampir muflis akibat daripada tindakan Qarun engkau mengurus ekonomi negara.

Engkau menganiaya 1 juta Bangsa Melayu di Negeri Terengganu dengan menafikan hak 'Royalti' kepada kerajaan mereka. Dalam masa yang sama engkau menyelamatkan Tan Sri Halim Saad (Kroni Qarun engkau) dari tindakan bankrupsi dengan mempergunakan Danaharta yang mengakibatkan kerugian sebanyak 3.0 billion ringgit oleh bank-bank tempatan hasil dari pelaburan Qarun engkau dalam syarikat Philippine National Steel.

Engkau dan Qarun engkau menjual aset strategik negara seperti Telekom, MAS, Celcom, Maxis, Proton dan sebagainya kepada negara asing dengan mempertopengkan penswastaan dan dalam masa yang sama engkau menuduh Barisan Alternatif sebagai ajen penjajah asing. Mana maruah engkau wahai Mahathir........

Cukup lah hidup engkau sebagai penipu Bangsa, Negara dan Agama..... Berambus engkau dari takhta Perdana Menteri Negara tercinta ini....

Nama engkau terukir sebagai Pembohong, Penipu, Pengkhianat, Penjajah, Penghancur Bangsa, Negara dan Agama..... Cukuplah.... Sandiwara engkau tidak ada penonton lagi.... Yang ada hanyalah patong-patong yang disuarakan oleh media-media kongkongan engkau ......

Penonton sebenar berada dipawagam-pawagam Barisan Alternatif yang ingin melihat kisah benar dan meyakinkan.....

Wassallam

oleh:
Awang Siber....