GERAKAN REFORMASI RAKYAT |
KOMENTAR
Satu pesanan untuk UMNO, hentikan cubaan mengembalikan sokongan Melayu pada UMNO kerana rakyat bangsa melayu sedar akan betapa bangsatnya Ketua-Ketua UMNO yang menyokong Mahathir hanya kerana mahukan kemewahan dan kekuasaan. Bangsa Melayu sedar sebusuk-busuk kezaliman adalah kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan memerintah pada rakyatnya sendiri. Perbuatan Mahathir adalah satu pengkhianatan kepada bangsa melayu dan melayu sudah mual dengan sandiwara kepimpinan UMNO yang masih mahu menegakkan benang yang sudah basah.
UMNO sudah ketandusan kuasa.
Kuasa palsu yang di pegang oleh mereka akan berkecai dengan kekuatan suara
rakyat. UMNO terdesak dan atas desakan inilah panglima keji UMNO bertindak untuk
mempengaruhi rakyat dengan kononnya UMNO menjaga kepentingan orang melayu.
Sudahlah Melayu tidak mahu UMNO mewakili mereka lagi. UMNO sudah usang dan tidak
kukuh lagi. Ingat sebenarnya desakan rakyat semakin menyeluruh untuk Mahathir
berundur dan anggota UMNO yang lapar dan bulur itu beredar. Tidak ada satu isu
pun boleh dimanipulasi oleh mereka bagi mengembalikan sokongan Melayu kepada
mereka.
Isu ketuanan dan hak melayu,
sandiwara yang tidak mendapat tepukan gemuruh dari rakyat.
Kes Al Maunah , sandiwara
yang menyebabkan UMNO lebih terseungkur jauh kebelakang.
Isu royalty, diskriminasi
yang cuba dilaksanakan ke atas rakyat melayu Terengganu agar mereka di paksa
menyokong UMNO tidak akan berjaya.
UMNO sudah uzur dan
kepimpinannya terlampau korup untuk melihat kebiadapan Mahathir.
Selamat tinggal UMNO