GERAKAN REFORMASI RAKYAT
 

Royalti Minyak Terengganu:

 Cadangan Langkah-Langkah Bantahan

Mahathir@Mamak Tongkang yang nyanyuk tu, telahpun kembali menunjukkan kebebalannya dengan bantuan Pakar Undang-undang Kerajaan Mahafiraun, Dr. Rais Yatim untuk tidak membayar wang royalti minyak kepada Kerajaan PAS di Terengganu. Sebaliknya mereka memberi tafsiran baru Wang Ehsan untuk ganti perkataan royalti. Mamak Kutty ni buat duit Petronas macam hak dia. Mahathir fikir dia jadi PM dia boleh buat duit Petronas macam duit Bapak Dia....! Sebab tu, tak hairan untuk bantu bisnes anak-pinak dan kaum keluarganya, Mahafiraun guna duit Petronas. Untuk melibatkan Malaysia dalam sukan yang jadi kegemaran anaknya, dia arahkan Petronas jadi penaja Sauber. Bukankah bagus guna peruntukan tajaan Sauber Petronas sebanyak beratus juta setahun untuk bantu rakyat miskin Malaysia, rumah murah, biasiswa pelajar dan ahli perniagaan Bumiputera/bukan Bumiputera.

Bagaimanapun, Mahafiraun tetap mahafiraun! Dia sakit hati dengan Tuan Guru Hj. Abd. Hadi, PAS dan BA kerana berjaya merampas Terengganu. Mahafiraun juga mahu menutup pekung di dada, kegagalan kerajaan BN selama berpuluh tahun di Terengganu untuk memaju dan membantu rakyat Terengganu keluar dari putaran kemiskinan. Sebabnya mereka dah songlap, salahguna semua duit tu untuk krono masing-masing. Jadi sekarang kununnya, Kerajaan Persekutuan akan mengurus wang royalti tersebut untuk pembangunan buat jambatan, jalanraya, projek pembangunan dll demi faedah rakyat Terengganu. Mahathir takut nanti Kerajaan Negeri Terengganu salahguna wang royalti yang banyak tersebut. Ewah...!Ewah...! Macam mereka sahaja yang pandai mengurus wang.

Perjanjian bayaran royalti dibuat di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Petronas. Secara am. mengikut perjanjian dan undang-undang, Petronas mempunyai liabiliti untuk menunaikan apa yang dipersetujui dalam perjanjian tersebut. Kerajaan Terengganu pula mempunyai hak untuk membuat tuntutan dan meminta Petronas membuat bayaran dan mengambil tindakan jika Petronas gagal menghormati perjanjian. (Disclaimer)

Bagaimanapun, dengan keadaan Mahafiraun mengawal sistem kehakiman dan hakim-hakim dalam mahkamah Malaysia sekarang boleh dibeli, dirasuah (melancong) sukar untuk mendapat pembelaan adil kerana ada Hakim Hollowman (Mahafiraun). Oleh itu, seluruh rakyat Malaysia yang cintakan Keadilan, Penyokong BA dan rakyat Terengganu khasnya hendaklah bersedia untuk mengambil tindakan balas jika benar Petronas dan Kerajaan Persekutuan mahu MAIN KOTOR untuk tidak membayar wang royalti kepada KN Terengganu. Cadangan langkah-langkah Tindakan Balas tersebut adalah seperti berikut:-

a) Boikot Stesyen/Kiosk Minyak Petronas Saya bersetuju dengan saranan penulis dalam laman ini untuk memboikot kiosk minyak Petronas di seluruh negara. Kita ramai-ramai beli minyak di stesyen lain seperti ESSO, Shell, BP dll. Biat Petronas turut rasa peritnya rakyat Terengganu. Langkah boikot ini perlu dihenti serta-merta jika Petronas/Kerajaan Persekutuan membuat bayaran. Semua penyokong BA bunyikan HON 2X semasa lalu di kiosk Petronas.

b) Batalkan Lesen Perdagangan/Trading Licence Petronas Disebabkan Petronas beroperasi di Terengganu tanpa menyumbang kepada KN Terengganu tanpa menghormati perjanjian KN boleh mengkaji membatalkan Lesen Perdagangan yang dikeluarkan oleh Majlis Tempatan di seluruh Terengganu. Jadi Petronas tak boleh beroperasi di premis mereka sekarang. Biar sama-sama putih mata/suffer. Kita tengok siapa yang kena lebih teruk.

c) Kaji Bayaran Sewa Tahunan/Premium Tanah Kerajaan Negeri mempunyai hak terhadap pentadbiran tanah. Kajian boleh dibuat untuk menaikkan sewa tahunan/premium tanah di Terminal-terminal Pendaratan Minyak, Kawasan Loji Penapisan Minyak di Terengganu. Naikkan sewa/premium tersebut sebagai sumber pendapatan kerajaan negeri jika Petronas/Kerajaan Persekutuan tidak malu kerana tidak menghormati perjanjian.

Langkah-Langkah lain bolehlah difikirkan oleh Penyokong BA yang lain untuk dikongsi/dikaji bersama.

Jika Petronas/Kerajaan Persekutuan menghentikan bayaran royalti kepada KN Terengganu dan tidak menghormati perjanjian yang mereka persetujui dan tandatangani, mereka samalah seperti Bani Israel/Kerajaan Yahudi Israel yang tidak pernah menghormati perjanjian mereka dengan orang Arab dan ajaran Nabi-Nabi.

Dr. Psiko
Gerakan Kaum Muda
Malaysia