GERAKAN REFORMASI RAKYAT
 

DARI KOMENTAR

KOMENTAR

  Kes Al~Ma’unah Pendakwaan atas ESCAR di kekalkan.

 

Tidak banyak dapat di bicarakan apabila Mahathir dan kroni zalimnya mencampuri urusan Mahkamah. Kes Al~Ma’unah yang dikatakan suatu sandiwar pada mulanya susah juga hendak di percayai. Akan tetapi ramai antara rakyat Malaysia sudah mempercayai bahawa setidak-tidaknya ada campurtangan dari pihak pemerintah dalam kes ini. Jawapan~jawapan banyak tidak terjawab sungguhpun Datuk Seri Najib cuba membela Mahathir dengan melakunkan semula insiden memuatkan senjata-senjata yang beratus dan peluru yang beribu dalam Pajero dan keliling kawasan lapang yang jalan bertar. Lakunan semula Cuma bahagian mengisi peluru dan senjata memang boleh dilakukan tetapi keseluruhan insiden Sauk berbau politik dan inilah yang menyebabkan kita percaya bahawa ianya satu sandiwara. Hari ini peguambela gagal membawa kes itu untuk di bicara di bahawa Panel Code. Mereka tetap mahu mendakwa atas ESCAR yang jelas melanggar hak untuk mendapatkan suatu perbicaraan yang telus dan terbuka. Ini juga satu pencabulan hak bagi mereka yang didakwa dan kita yang mahukan insiden ini diterangkan oleh mereka yang dituduh. Sebenarnya apa sahaja yang dimuatkan oleh kerajaan, dengan beria-ia mengatakan ini bukan sandiwara  sudah cukuo membosankan kita. Kita mahu dengar dari mereka yang tertuduh tanpa sekatan dan ugutan. Kalau mahkamah menyebelahi pihak pendakwa dan peguambela terpinggir maka ini bukan mahkamah namanya. Ini bukan badan kehakiman dan perundangan. Ini adalah Mahkamah Istana Mahathir.

 

Isu perbicaraan Sauk akan di teliti dengan rapi sekali dan kerajaan sekali lagi akan bi bawa kemuka pengadilan.

 

Komentar

Bebaskan Anwar Ibrahim

 

11.09.2000

Salam Reformasi