GERAKAN REFORMASI RAKYAT
 

Percubaan Membunuh Saudara Anwar Buat Kali Ketujuh?


Salam Reformasi,

Setelah lima kali Diktator Zalim Mahathir membuat percubaan membunuh DSAI iaitu :

1. Brek kereta tidak berfungsi ketika Mesyuarat Kabinet di Langkawi
2. Helikopter Nuri yang terhempas
3. Tragedi Jet Tan Sri Yahaya Ahmad
4. Tragedi 20 September : Serbuan Polis ala Memali
5. Tragedi 20 September : Pukulan maut dari Rahim Noor
6. Keracunan Arsenik...

dan yang ketujuh sedang berjalan.....................

Kini, puak-puak Al-Maunah ditempatkan berhampiran dengan kurungan DSAI. Mengikut sumber-sumber dalaman yang sahih, Amin Razali yang kini mempunyai 200 muka surat laporan Peguam mengenai masalah mental kerap berselisih dengan DSAI dan menunjukkan serba-sedikit sifat kegilaan.

Adakah ini lanjutan sandiwara Mahathir dan kuncu-kuncunya? Dengan sengaja mencari peluang dan kesempatan untuk menempatkan segerombolan 'kumpulan yang berbahaya' berdekatan dengan DSAI, maka Mahathir dapat membasuh tangannya jika DSAI terkorban angkara perbuatan kumpulan ini. Satu orkestra yang cukup terencana dengan kecurian senjata dengan kuantiti yang banyak kepada pembunuhan di dusun durian dan seterusnya memberi alasan yang kukuh untuk membawa mereka ke Penjara Sungai Buloh. Mahathir kini mempunyai seekor lagi KAMBING HITAM!

Strategi Mahathir cukup jelas. Apa sahaja 'output' dari Kumpulan Al-Maunah ini tidak ada sangkut paut dengan Mahathir. Maka imej Kumpulan ini yang dikatakan ganas boleh dikapitalisasikan oleh Mahatir untuk menghasilkan apa sahaja natijah ganas seperti memecahkan pintu penjara, mencederakan warder penjara hatta MEMBUNUH SAUDARA ANWAR!

Ayuh RAKYAT, Bersama kita memberikan bantahan dan tentangan yang hebat kepada perancangan SIAL Mahathir.
Ayuh, hantarkan petisyen, memorandum dan aturkan DEMONSTRASI AMAN BESAR-BESARAN!

Salah Seorang Webmaster Veteran Laman-laman Pro Reformasi