GERAKAN REFORMASI RAKYAT
 

Hak kerajaan negeri Terengganu

Beberapa kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Menteri Kabinet dan Pegawai Kerajaan mengenai isu royalti minyak kepada Kerajaan Negeri Terengganu sebenarnya boleh diambil tindakan undang-undang kerana menghasut untuk menentang dan mencabar Perlembagaan Persekutuan.

Mencabar hak istimewa Negeri dalam Persekutuan sama dengan mencabar kedudukan hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beberapa soalan perlu dijawab oleh pemerintah negara iaitu:

Pertama: Apakah Kerajaan Persekutuan memiliki tanah di Malaysia?

Kedua: Apakah Kerajaan Persekutuan memiliki pantai?

Ketiga: Siapa yang berkuasa terhadap kawasan pantai melebihi tiga batu nautikal dan "Economic Exclusive Zone" (EEZ)?

Tanah, pantai, dan kawasan pantai melebihi tiga batu nautikal dan "EEZ" adalah milik negeri-negeri yang bersekutu dengan Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia. Kerajaan Persekutuan tidak langsung mempunyai hak terhadap tiga perkara tersebut diatas.

Diulangi di sini bahawa hak milik kawasan pantai melebihi tiga batu nautikal dan "EEZ" adalah di bawah kuasa negeri yang memiliki pantai tersebut dan bukan milik kerajaan Persekutuan seperti yang dilaung-laungkan. Ini terang dan jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan!

Segala hasil yang dikeluarkan daripada perut tanah, pantai dan kawasan "EEZ" adalah kepunyaan negeri yang memiliki tanah dan pantai tersebut.

"Petroleum Development Act" diwartakan untuk membolehkan Petronas mencarigali petroleum dan gas di kawasan kepunyaan kerajaan negeri yang memiliki pantai tersebut. Dan di atas kehendak Allah SWT, kawasan pantai Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak dikurniakan tangkungan minyak dan gas yang banyak dan menguntungkan untuk dikeluarkan. Di atas persetujuan kerajaan negeri-negeri yang memiliki pantai inilah maka Petronas bersetuju untuk membayar royalti daripada hasil petroleum dan gas yang dikeluarkan dari perut pantai negeri tersebut. Pembayaran ini tidak ada kena-mengena langsung dengan pembayaran "ehsan".

Walaubagaimanapun Negeri Kelantan telah ditipu oleh Petronas kerana hasil gas dari perut pantainya disalurkan terus ke Negara Thailand dan Petronas mengelak daripada membayar royalti kepada Negeri Kelantan.

Maka tidak syak lagi bahawa kenyataan Perdana Menteri, Menteri Kabinet, dan Pegawai Kerajaan mempunyai unsur menghasut dan mencabar kewibawaan Perlembagaan Negara.

Awang Siber