GERAKAN REFORMASI RAKYAT
 

 

ISU HAK KEISTIMEWAAN MELAYU

 

Isu Hak Keistimewaan Melayu sekarang sudah melangkah ke satu tahap baru iaitu isu perdebatan terbuka antara PEMUDA PAS dan PEMUDA UMNO.  Perdebatan tersebut  berkaitan dengan Isu Keistimewaan Melayu. Isu Keistimewaan Melayu ini telah terselongkar apabila kenyataan 17 perkara Siqiu di gemparkan oleh Utusan Meloya. (MENELITI KENYATAAN 17 PERKARA SIQIU KLIK SINI ) Beberapa perkara yang menjadi tarikan dalam 17 perkara tersebut dapat di lihat seperti berikut :

 

·                     Enact a Race Relations Act to combat racism, racialism and race discrimination and institute a Race Relations Commision;

·                     Take steps to abolish in all aspects, the "bumiputera / non-bumiputera" distinction.

·                     Abolish the quota system based on "race" and replace it with a means-tested sliding scale;

·                     Relinquish the racial-based quota system for university admission.

 

Perkara-perkara tersebut ada sedikit sebanyak menyentuh beberapa perkara yang sedang di nikmati oleh Melayu dan Bumiputra sekarang ini. Siqiu juga menyentuh perkara-perkara lain khususnya berhubungkait dengan sistem demokrasi dan keadilan. Akta-akta seperti ISA dan beberapa ketidakadilan juga di ketengahkan oleh Siqiu yang boleh juga di terima pakai oleh Kerajaan memerintah. Persoalannya ialah kenyataan Siqiu tersebut sedikit sebanyak menyentuh juga persekitaran Melayu.  Hasil dari itu Pemuda UMNO telah melaksanakan DEMONSTRASI yang mana sebelum ini DEMONSTRASI YANG DILAKSANAKAN OLEH REFORMASI dianggap perhimpunan haram.

MALAYSIAKINI juga pernah melapurkan bahawa PEMUDA UMNO ada meminta PEMUDA PARTI KEADILAN NASIONAL untuk sama-sama melaksanakan bangkangan mungkin berbentuk demonstrasi terhadap kenyataan Siqiu. Apa yang jelas ialah perkara-perkara yang digariskan oleh Siqiu seperti yang  tertera tidak disenangi oleh Pemuda UMNO.

Komentar juga turut menggariskan bahawa kenyataan Siqiu tersebut adalah satu lagi sandiwara Mahathir dan ini sebenarnya bermain dengan api. (Lihat kenyataan KOMENTAR KLIK SINI)  . Sungguhpun begitu kenyataan-kenyataan Siqiu berhubung dengan 17 Perkara tersebut perlu di kaji oleh semua parti secara praktikal.  Komentar dan laman-laman lain ragu akan kenapa kenyataan ini dibuat oleh Siqiu? Kenyataan sebegini perlu diteliti dan kefahaman menyeluruh mengenai isu ini perlu di perjelaskan oleh Siqiu.

 

Jesteru itu kerana Laman-laman Web Pro Reformasi mengatakan bahawa  kenyataan ini adalah sandiwara kedua UMNO maka PEMUDA UMNO bersetuju untuk berdebat. PAS dan Barisan Alternatif tidak gentar untuk berdebat mengenai hak keistimewaan orang Melayu. Bagi Komentar tidak salah untuk mereka berdebat. Pihak Pemuda Pas kemudiannya mahukan debat terbuka seperti yang dilapurkan oleh MalaysiaKini. ( Untuk membaca artikel Malaysia Kini KLIK SINI)

 

Ini adalah bagi seluruh rakyat Malaysia dapat melihat dan mendengar perkara-perkara perihal HAK KEISTIMEWAAN MELAYU.

 

Komentar tersenyum kerana kenyataan 17 perkara Siqiu, kita akan lihat MELAYU sesama MELAYU berdebat secara terbuka mengenai perkara Hak Keistimewaan Melayu. Yang jadi penonton adalah semua kaum di Malaysia.

 

Komentar syorkan bahawa satu forum di gunakan untuk isu ini tetapi debat terbuka di gunakan untuk membicarakan secara terbuka kes-kes berhubung dengan Perbicaraan Anwar Ibrahim, Fitnah Azizan Abu Bakar , Isu Kehakiman dan Perundangan agar kita rakyat Malaysia dapat melihat tersedaknya UMNO dalam menjawab isu-isu tersebut.

 

Bagi Isu Hak Keistimewaan Melayu, Komentar melihat bahawa isu ini perlu ditangani secara praktikal dan lebih berhati-hati. Andai tidak ada manipulasi politik mengenai 17 perkara yang di kemukakan oleh Siqiu maka kita mesti melihatnya perkara tersebut sebagai satu kenyataan yang tidak sensitive oleh Siqiu. Tetapi andai ianya satu manipulasi politik maka hentikan api perkauman tersebut. Komentar percaya kita bijak menilai kenyataan 17 Perkara Siqiu tersebut dan dapat membuat simpulan tersendiri samada ianya mempunyai unsur-unsur membicarakan atau mencalari hak keistimewaan melayu.

 

KOMENTAR

BEBASKAN ANWAR IBRAHIM

12.09.00

Salam Reformasi