GERAKAN REFORMASI RAKYAT
 


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MEMORANDUM UNTUK WAKIL RAKYAT:

19hb OKTOBER 2000


CUKUP 40 TAHUN!

MANSUHKAN ISA SEKARANG!


Empat puluh tahun yang lalu, pada 1hb Ogos 1960, satu akta yang dikatakan untuk menjamin keselamatan dalam negeri Malaysia, penahanan sebagai langkah pencegahan, pencegahan elemen subversif, pencegahan keganasan yang dirancang terhadap rakyat dan merosakkan harta benda di kawasan-kawasan khusus di Malaysia telah digubal. Akta ini dipanggil Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), 1960. Akta ini sebenarnya adalah kesinambungan satu akta sebelum ini yang membenarkan penahanan tanpa bicara iaitu Akta Darurat, 1948.


Sejak itu, ribuan rakyat daripada pelbagai etnik, fahaman agama dan cara hidup

telah ditahan di bawah akta kejam ini yang membenarkan penahanan tanpa bicara.


Akta ini telah digunakan oleh kerajaan dengan konsisten. Pada tahun 1960an, ia digunakan terhadap gerakan kesatuan sekerja dan pembangkang. Pada tahun 1970an, selain daripada kesatuan sekerja dan aktivis politik, ia digunakan terhadap gerakan pelajar yang aktif serta pensyarah dan juga kumpulan agama. Pada tahun 1980an, dalam satu operasi bergelar Operasi Lalang, akta ini digunakan terhadap kepimpinan  parti pembangkang, ahli akademik, golongan agama, aktivis sosial dan alam persekitaran. Pada tahun 1990an, ia digunakan terhadap gerakan Al-Arqam dan terhadap Gerakan Reformasi yang menuntut perubahan politik di Malaysia.


ISA masih digunakan sehingga hari ini. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, puluhan orang telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kumpulan Al-Maunah. Selain daripada itu. ISA juga sering digunakan untuk menahan individu yang terlibat dalam pemalsuan kad pengenalan dan dokumen lain. Selain daripada itu, ugutan menggunakan ISA oleh kerajaan sering menyekat kebebasan bersuara  dan ruang meluahkan pendapat.


Kami, organisasi-organisasi yang menurunkan tandatangan hari ini pada ulang

tahun ke-40 akta kejam ini, menuntut Akta Keselamatan Dalam Negeri dan akta

lain yang menghalalkan penahanan tanpa bicara dimansuhkan.




Kami menolak ISA kerana :


1. ISA mencabul hak asasi asas. ISA membenarkan "penahanan sebagai   langkah pencegahan" tanpa bicara untuk tempoh yang tidak ditentukan.  Amalan ini bercanggah dengan prinsip keadilan dan meremeh-temehkan kedaulatan undang-undang.

2.    ISA menghalang hak seseorang untuk membela diri di mahkamah terbuka dan adil. Orang yang ditahan boleh dihukum penjara sehingga 60 hari untuk disiasat tanpa diberi bantuan peguam. Seorang itu adalah tidak bersalah sehingga didapati bersalah tetapi mengikut ISA, seseorang itu adalah bersalah sehingga dia patuh kepada hajat pemerintah.


3.    ISA adalah tidak bermoral, kejam, menghalalkan penyiksaan dan satu

penghinaan. ISA bertentangan dengan ajaran kesemua agama utama yang diamalkan di Malaysia.


4.    ISA sering digunakan terhadap mereka yang mengkritik kerajaan dan membela hak asasi manusia. Ia juga alat dan senjata yang paling berkesan untuk menghancurkan pembangkang dan hak bersuara. Akta ini ialah alat pemerintah yang digunakan untuk mengawal kebebasan rakyat dan masyarakat sivil.


5.    ISA tidak diperlukan kerana undang-undang yang sedia ada sudah cukup untuk membicara dan menghukum sesiapa jua.


Kami, organisasi-organisasi yang menandatangani Memorandum menuntut :


1.      Pembubaran Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan semua akta lain yang membenarkan penahanan tanpa bicara.


2.      Pembebasan semua tahanan yang masih ditahan dibawah ISA dan undang-undang lain yang membenarkan penahanan tanpa bicara atau hadapkan mereka di mahkamah terbuka dan dakwa mereka atas tuduhan tersebut.


3.      Menjalankan satu Siasatan Bebas terhadap penyiksaan dan penganiayaan yang dilakukan ke atas bekas tahanan ISA dan membayar gantirugi yang setimpal kepada mereka dan ahli keluarga mereka.


CUKUP 40 TAHUN!

MANSUHKAN ISA SEKARANG!


Memorandum ini ditandatangani oleh :


1. Alaigal

2. Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN)

3. All Women's Action Society (AWAM)

4. Amnesty International Malaysia (AI)

5. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

6. Bar Council Legal Aid Centre (Kuala Lumpur)

7. Borneo Resources Institute Malaysia Sarawak (BRIMAS)

8. Catholic Research Centre (CRC)

9. Centre for Orang Asli Concerns (COAC)

10. Child Development Initiative

11. Civil Rights Committee (Selangor Chinese Assembly Hall)

12. Community Development Centre (CDC)

13. Democratic Action Party (DAP) Malaysia

14. Education and Research Association for Consumer (ERA Consumer)

15. Ex ISA Detainees Group

16. Federation of Malaysian Consumer Association (FOMCA)

17. Ideal Times

18. Indigenous People's Development Centre (IPDC)

19. Inisiatif Manifesto Rakyat(PMI)

20. Institute for Social Analysis (INSAN)

21. Institut Kajian Dasar

22. International Movement for Just World (JUST)

23. Jawatankuasa Bertindak Media (JKBM)

24. Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML)

25. Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar (JSPB)

26. Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar Johor (JSPB Johor)

27. Kumpulan Kemajuan Masyarakat (KKM)

28. Labor Resource Centre (LRC)

29. Majlis Graduan Negara (MGN)

30. Malaysia Democratic Student and Youth Movement (DEMA)

31. Malaysia Local Democracy Initiative (MALODI)

32. Malaysian Trade Union Congress (MTUC)

33. Metal Industry Employees of Malaysia (MIEU)

34. National Human Rights Society of Malaysia (Persatuan HAKAM)

35. National Union Of  Malaysia Muslim Students (PKPIM)

36. Pahang Association of Consumers (PAC)

37. Parti Islam SeMalaysia (PAS)

38. Parti Keadilan Nasional (PKN)

39. Parti Rakyat Malaysia (PRM)

40. Parti Sosialis Malaysia (PSM)

41. Partners of Community Organisation, Sabah (PACOS)

42. Penang Organic Farm

43. People are the Bosses

44. People Service Organisation (PSO)

45. Perak Consumer Association (PSA)

46. Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Perseketuan (PERMAS)

47. Persatuan Sahabat Wanita Selangor  (PSWS)

48. Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

49. Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)

50. Selangor Chinese Assembly Hall (Youth Section)

51. Semparuthi Iyakkam

52. Sisters of Islam (SIS)

53. Society of Christian Reflections (SCR)

54. SOS (Save Ourselves)

55. SOS Selangor (Save Our Sungai Selangor)

56. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

57. Suara Warga Pertiwi (SWP)

58. Tamil Support Group for Human rights

59. Tenaganita

60. Tholilaliyin Tholar (Sahabat Pekerja/Friends of Workers)

61. United Chinese School Committees' Association of Malaysia

62. United Chinese School Teachers' Association of Malaysia

63. Women Aid Organisation (WAO)

64. Women Candidate Initiative (WCI)

65. Women Crisis Centre (WCC)

66. Women's Development Collective (WDC)

67. Malaysian Chinese Organisers Election Appeal Committee

68. Gabungan Mahasiswa Islam (GAMIS)

69. Sumber Daya Guaman Rakyat (DAGRA)

70. Women Agenda For Change


=================================================================

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

add: 383, 1ST FLOOR, JALAN 5/59, PETALING GARDENS

      46000 PETALING JAYA, SELANGOR, MALAYSIA

tel: 60-3-77843525      fax: 77843526

email: suaram@geocities.com      website:http://www.suaram.org