GERAKAN REFORMASI RAKYAT
 

SAMSENG MIC MENGANGGU PERBICARAAN SPR

Sg. Siput, 13HB. Oktober 2000

Setelah PSM memenangi hari pertama perbicarran awam SPR mengenai bantahan daftar pengundi, hari ini pula samseng-smseng MIC datang menganggu perbicaraan tersebut. Semalam daripada 43 nama yang dibantah, 41 nama telah disingkirkan daripada daftar pengundi.

Hari ini, jam lebihkurang 9.30 pagi ahli PSM Sungai Siput telah diugut dan dicaci dengan kata-kata kesat oleh seorang Ahli Majlis Daerah Kuala Kangsar dan Ketua Cawangan MIC En.Loganathan semasa beliau hadir di Pejabat Daerah dan Tanah Sungai Siput untuk mendengar "PUBLIC INQUIRY" yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Perak.

Loganathan iaitu orang kuat Datuk S,Samy Vellu di Sungai Siput telah menghalang dan mengugut En.Kunasekaran- Ahli Majlis Tertinggi, dengan kata-kata kesat seperti" anak pantat,bodoh ,kalau awak berani buat bantahan, nanti saya ajar awak". Laganathan yang hadir bersama lebihkurang 15 orang samseng kemudian mencabar ,"kalau awak anak jantan,pergilah buat aduan polis"

Motif orang-orang Samy Vellu terbukti untuk menghalang proses perbicaraan. Namun demikian, Pegawai SPR sempat menasihatkan orang-orang Samy Vellu supaya bersikap seperti orang dewasa. Pada jam 1.00 pm. dua aduan polis telah buat oleh En.Kunasekaran dan Mohanarani dari PSM terhadap insiden di balai polis Siput Siput.

PSM MENCAPAI KEMENAGAN LAGI

Hari ini semua nama yang dibantah oleh PSM diterima dan semua nama tersebut disingkirkan dari daftar Pengundi. Dalam dua hari pihak PSM berjaya menyingkirkan 82 pengundi palsu dalam perbicaraan terbuka setakat ini. Siasatan Awam SPR ini dikendalikan oleh En.Shahidan-Timbalan Pegawai PilihanRaya Negeri Perak dan turut hadir adalah Penasihat Undang-Undang Persekutuan SPR Malaysia-Pn.Badariah dan Setiausaha SPR Malaysia .

Dalam perbicaraan dua hari ini, pihak PSM berjaya membongkarkan penipuan MIC. Keputusan ini menjadikan kemenangan Samy Vellu dalam pilihanraya lalu tercemar. Pada hari ini, satu lagi insiden yang melucukan ialah apabila seorang lagi orang kuat Samy Vellu datang dan memberitahu bahawa dia membawa satu surat daripada samy vellu dimana beliau diberi mandat oleh Datuk samy Vellu untuk mewakili semua mereka yang dibantah. Namun demikian, setelah campurtangan peguam PSM, maka SPR menyuruh orang ini menjadi pemerhati sahaja dan surat Samy Vellu tiada kuasa apa-apa.

Nampaknya Samy Vellu tertekan apabila mengetahui pengundi-pengundi setianya disingkirkan satu persatu. Sumber terkini kami memberitahu MIC Sg. Siput sedang bermesyuarat untuk membincangkan langkah-langkah menyelamatkan pengundi-pengundi mereka, Maklumat yang kami terima juga mengatakan bahawa samseng Samy Vellu, Loganathan dan kuncu-kuncunya sibuk mengadakan penjelasan di Pejabat MIC Sungai Siput kepada 40 orang pengundi palsu yang akan disoal esok dalam cubaan menyelamatkan mereka daripada tersingkir dari daftar

Di Peringkat Nasional Samy Vellu bertepuk dada untuk menghapuskan gangster di kalangan orang India. Tetapi, di Kawasan Parlimen Sungai Siput……apalah nak kita kata .

MENCUBIT ANAK SAMBIL MENGHAYUN BUAIAN,INILAH STYLE SAMY