GERAKAN REFORMASI RAKYAT
 

TUNGGU APA LAGI !!!
ISU GAJI BULANAN PEKERJA LADANG

Kuala Lumpur, 15hb. September 2000

Hari ini lebihkurang 30 orang perwakilan pekerja ladang dari Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah mengadakan satu sidang akhbar mempertikaikan mengapa gaji bulanan masih lagi tidak dapat ditunaikan.

Antara persoalan-persoalan mereka ialah :

1) Semua pihak iaitu Tuan punya Ladang (MAPA), Kesatuan Sekerja dan Kerajaan telah setuju secara prinsip untuk mengimplementasi gaji bulanan maka nak tunggu apa lagi ?

2) Semua Syarikat Perladangan Besar seperti Golden Hope, Guthrie dan Sime Darby dimiliki oleh kerajaan kerana kerajaan adalah pemegang saham terbesar syarikat-syarikat ini. Baru-baru ini, Dato S.Samy Vellu pula pernah berkata bahawa gaji bulan mesti diberi kerana kerajaanlah pemilik Syarikat-syarikat ladang …maka nak tunggu apa lagi ?

3) Dulu kerajaan memberitahu nak kaji ladang NLFCS yang memberikan gaji bulanan untuk enam bulan tapi kini sudah lebih satu tahun, lepas itu kata nak buat kajian baru dan kajian itu pun selesai maka nak tunggu apa lagi ?

Selain daripada mengutarakan persoalan-persoalan ini, Jawatankuasa Sokongan Masyarakat ladang yang mewakili lebihkurang 80,000 masyarakat pekerja ladang diseluruh Semenanjung Malaysia telah menyuruh satu Jawatankuasa kabinet ditubuhkan kerana nampaknya Menteri Sumber Manusia hanya memberikan alasan dan nampak tidak dapat menangani isu ini.

Nak tunggu apa lagi ? Adakah kerajaan sekarang tidak mempunyai kewibawaan politik untuk untuk memberikan gaji bulanan ? Adakah golongan kapitalis ladang masih mempengaruhi kerajaan dan menjadi faktor penghalang. Walau apa pun alasan yang dicipta atau diberi, para pekerja ladang yang semakin sedar akan terus menuntut gaji bulanan.

Disertakan dibawah kenyataan akhbar dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

 


PRESS STATEMENT: 15 SEPTEMBER 2000

HOW LONG MORE !!!
MONTHLY WAGES FOR PLANTATION WORKERS

Once again the implementation of monthly wages have been postponed. Now, the Human Resource Minister says that it will be at the end of the year. Since 1990, a decade ago, the monthly wage issue has been on the agenda of plantation workers. In that year, the National Union of Plantation Workers (NUPW) called for a General Strike. The strike was stopped after intervention from the Labour Minister. At that point of time monthly wages was promised that but it was forgotten after some time.

In Mei 1st., 1996, the Plantation Workers Support Committee(PWSC) , a new force representing plantation workers and community based organisation launched the Monthly Wage campaign. The campaign intensified throughout the nation and had its climax on the 19th. of April 1999 when 3,000 plantation workers marched to parliament demanding monthly wages.

It is important to look at some of the development and statements made in the last two years:

CHRONOLOGY OF EVENTS AND PROMISES MADE BY THE GOVERNMENT ON THE IMPLEMENTATION OF MONTHLY WAGE 1999-2000

1/1/1999 :Monthly wages were implemented in estates owned by National Land Finance Cooperative Society (NLFCS)

18/2/99 : Datuk Lim Ah Lek -Human Resource Ministry would interfere in the plantation workers monthly wage. (The Sun)

22/2/99 : Datuk Seri Samy Vellu- Confident of solving the monthly wage issue by year 2000. (NST)

26/2/99 : Datuk Seri Samy Vellu - The cabinet wants Human Resource Ministry to study the monthly wage system being practiced by the NLFCS for a period of six months. (NST)

19/4/99 : 3,000 Plantation workers went to parliament to demand for Monthly Wages.

14/6/99 : MIC is in the final stage of preparing the comprehensive report to be submitted to the Cabinet for fixed monthly salaries for estate workers, said Datuk Seri Samy Vellu. (Star)

18/11/99 : Datuk Samy Vellu promised monthly wage for plantation workers between RM900.00 - RM1,000.00 per month. (Sun)

29/11/99 : General Election

27/12/99 : Datuk Samy Vellu - would present a report on monthly wage to the cabinet by February 2000.

29/2/00 :Plantation Workers Support Committee had Press Conference calling election promises be delivered

2/3/2000 : Datuk Fong Chan Onn - study on monthly wage by University Malaya Consultants appointed by governments to formulate a permanent pay scheme for daily rated estate workers. (Star)

18/3/2000 : Datuk Fong Chan Onn has instructed the monthly wage issue (collective agreement) of palm oil harvesters and factory workers to be referred to the Industrial Court. (Mal.Nanban.)

8/3/2000 : Datuk Fong Chan Onn - the study is expected to be complete in three months. (Star)

19/4/2000 : Around 700 workers had a picket at Human Resource Ministry calling for implementation of monthly wages and stop conducting further studies.

27/4/2000 : Datuk Dr. Abdul Latip - MAPA sponsoring RM80,000.00 for the plantation workers monthly wage study by the UM consultants. (Mal.Nan.)

7/5/2000 : Datuk Seri S.Samy Vellu - would give up political career if failed to resolve the issue of monthly wages for plantation workers. (NST)

1/6/2000 : Datuk Seri Dr. Mahathir - Cabinet agreed in principle to monthly wage for plantation worker. (Sun)

2/6/2000 : Around 50 workers led by PWSC lodged police report against the Human Resource Ministry on the issue of study being sponsored by one party.

3/6/2000 : Datuk Fong Chan Onn - It was nothing wrong for MAPA to sponsor the whole study as they are the employers of the industry. (Mal.Nan.)

6/6/2000 : Datuk Fong Chan Onn - the results of the study, should be in by the end of next month. (Sun)

1/8/2000 : Datuk Fong Chan Onn- the study is completed and submitted to the ministry. The ministry will go through and a good result will be announced before end of the month. (Mal.Nanban)

1/9/2000 : Datuk Fong Chan Onn - the study completed by University Malaya's Economy Faculty is received and it has been passed to NUPW and MAPA for their feedback. (Sun)

5/9/2000 : Datuk Fong Chan Onn - study by the ministry will complete and within 2- 3 weeks it will be forwarded to the Cabinet.

: Datuk Fong Chan Onn - Plantation workers can look forward to enjoying monthly wage by the end of this year. (Sun/Star)

DEMAND The Plantation Workers Support Committee (PWSC) is skeptical that the monthly wages will be implemented and that the parties concerned as well as the government do not seem to have the political will to implement the monthly wages and seems reluctant to abolish the colonial wage system Nevertheless, The Plantation Workers Support Committee calls for the following:

THE MINISTRY DISCLOSE AND MAKE PUBLIC THE STUDY DONE BY THE UM CONSULTANT TEAM

A SPECIAL CABINET COMMITTEE BE SET UP CHAIRED BY THE PRIME MINISTER OR HIS DEPUTY TO HASTEN THE IMPLEMENTATION OF MONTHLY WAGES.

SINCE ALL PARTIES (MAPA, NUPW AND THE GOVERNMENT) HAVE AGREED IN PRINCIPLE THAT MONTHLY WAGES MUST BE IMPLEMENTED, THEREFORE THE IMPLEMENTATION SHOULD TAKE IMMEDIETE EFFECT.

TAKING INTO CONSIDERATION THE MASSIVE SHIFT FROM RUBBER TO PALM OIL, THE MONTHLY WAGES MUST BE IMPLEMENTED TO ALL PLANTATION WORKERS AND NOT CONFINED TO RUBBER TAPPERS ONLY.

Released By:

The Plantation Workers Support Committee (PWSC)
15-9-2000


KENYATAAN AKHBAR: 15 SEPTEMBER 2000

BERAPA LAMA LAGI !!!
GAJI BULANAN UNTUK PEKERJA LADANG

Sekali lagi gaji bulanan telah ditangguh. Menurut Kementerian Sumber Manusia gaji bulanan untuk pekerja ladang hanya akan dilaksanakan pada penghujung tahun ini. Sejak 1990, satu dekad yang lalu, gaji bulanan telah menjadi agenda utama pekerja ladang. Pada tahun tersebut, Kesatuan Pekerja-Pekerja Ladang Kebangsaan (NUPW) telah melancarkan mogok. Mogok tersebut dihentikan etelah campurtangan Menteri Buruh pada masa itu. Ketika itu, gaji bulanan telah dijanjikan tetapi ia telah dilupakan .

Pada 1 May 1996, Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML), satu kuasa baru yang mewakili pekerja-pekerja ladang dan kumpulan-kumpulan masyarkat melancarkan kempen gaji bulanan untuk pekerja ladang. Kempen tersebut terus merebak ke seluruh negara dan mencapai kemuncaknya pada 19hb. April 1999, apabila 3,000 pekerja ladang melangkah ke Parlimen menuntut gaji bulanan.

Adalah penting untuk kita meninjau perkembangan dan kenyataan yang dibuat dalam dua tahun kebelakangan ini.

KRONOLOGI JANJI-JANJI KERAJAAN DAN PERISTIWA SEPANJANG 1999-2000

1/1/1999 :Gaji bulanan dilaksanakan di ladang-ladang kepunyaan "National Land Finance Cooperative Society (NLFCS)". 18/2/99 : Datuk Lim Ah Lek -Kementerian Sumber Manusia akan campurtangan dalam isu gaji bulanan pekerja ladang. (The Sun)

22/2/99 : Datuk Seri Samy Vellu- Yakin dapat menyelesaikan isu gaji bulanan pekerja ladang sebelum tahun 2000. (NST)

26/2/99 : Datuk Seri Samy Vellu - Kabinet meminta Kementerian Sumber menilai sistem gaji bulanan yang diamalkan di ladang-ladang kepunyaan NLFCS selepas 6 bulan. (NST)

19/4/99 : 3,000 pekerja ladang melangkah ke Parlimen menuntut gaji bulanan.

14/6/99 : MIC dalam peringkat terakhir menyediakan satu laporan terperinci berkenaan gaji bulanan pekerja ladang untuk dikemukakan di kabinet, kata Datuk Seri Samy Vellu. (Star)

18/11/99 : Datuk Samy Vellu menjanjikan gaji bulanan untuk pekerja ladang antara RM900.00 - RM1,000.00 sebulan. (Sun)

29/11/99 : Pilihanraya Umum

27/12/99 : Datuk Samy Vellu - akan kemukakan laporan gaji bulanan pada bulan Februari 2000.

29/2/00 : Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang dalam persidangan akhbar telah menuntut janji pilihanraya dikotakan.

2/3/2000 : Datuk Fong Chan Onn - kajian gaji bulanan oleh konsultan-konsultan dari University Malaya untuk membentuk satu skim gaji tetap bagi pekerja-pekerja ladang. (Star)

18/3/2000 : Datuk Fong Chan Onn telah mengarahkan isu gaji bulanan pekerja-pekerja ladang kelapa sawit dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan. (Mal.Nan.)

8/3/2000 : Datuk Fong Chan Onn - kajian gaji bulanan akan siap dalam masa tiga bulan. (Star)

19/4/2000 : Lebih kurang 700 pekerja-pekerja ladang berpiket di Kementerian Sumber Manusia menuntut skim gaji bulanan dilaksanakan dan kajian di hentikan.

27/4/2000 : Datuk Dr. Abdul Latip - MAPA membiayai kos kajian gaji bulanan pekerja ladang sebanyak RM80,000.00 yang dijalankan oleh konsultan-konsultan UM. (Mal.Nan.)

7/5/2000 : Datuk Seri S.Samy Vellu - akan meletak jawatan sekiranya gagal menyelesaikan isu gaji bulanan pekerja ladang. (NST)

1/6/2000 : Datuk Seri Dr. Mahathir - Kabinet bersetuju secara prinsip untuk memberi gaji bulanan kepada pekerja ladang. (Sun)

2/6/2000 : Lebih kurang 50 pekerja yang mewakili Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang membuat aduan polis terhadap Menteri Sumber Manusia kerana isu kajian dibiayai oleh pihak majikan.

3/6/2000 : Datuk Fong Chan Onn - Tidak salah untuk majikan (MAPA) membiayai keseluruhan kajian kerana mereka adalah tuan punya ladang. (Mal.Nan.)

6/6/2000 : Datuk Fong Chan Onn - keputusan kajian akan keluar pada penghujung bulan depan. (Sun)

1/8/2000 : Datuk Fong Chan Onn- kajian telah selesai dan telah diberi kepada pihak Kementerian untuk meneliti dan satu berita baik akan diumumkan sebelum akhir bulan ini. (Mal.Nan)

1/9/2000 : Datuk Fong Chan Onn - laporan kajian telah diserahkan kepada NUPW dan MAPA untuk mendapat maklum balas. (Sun)

5/9/2000 : Datuk Fong Chan Onn - kajian oleh pihak Kementerian akan selesai dalam masa 2- 3 minggu dan akan diserahkan kepada kabinet.

: Datuk Fong Chan Onn - Pekerja-pekerja ladang boleh menikmati gaji bulanan sebelum akhir tahun ini. (Sun/Star)

TUNTUTAN-TUNTUTAN

Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) meragui gaji bulanan akan dilaksanakan oleh pihak-pihak yang terbabit. Selain daripada itu, kerajaan nampaknya tidak mempunyai kewibawaaan politik untuk melaksanakan gaji bulanan untuk pekerja ladang dan kurang berminat untuk menghapuskan sistem gaji warisan penjajah.

Walaubagaimanapun, Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang menuntut :

KEPUTUSAN KAJIAN DARI KONSULTAN UM MESTI DI BUAT UMUM KEPADA ORANG RAMAI.

SATU JAWATANKUASA KABINET KHAS YANG DIPENGERUSIKAN OLEH PERDANA MENTERI ATAU TIMBALANNYA HARUS DIBENTUK DEMI UNTUK MEMPERCEPATKAN PERLAKSANAAN GAJI BULANAN PEKERJA LADANG.

MEMANDANGKAN SEMUA PIHAK TERLIBAT (MAPA, NUPW DAN KERAJAAN) SUDAH BERSETUJU SECARA PRINSIP UNTUK MELAKSANAKAN GAJI BULANAN, MAKA GAJI BULANAN HARUS DILAKSANAKAN DENGAN SERTA MERTA.

MEMANDANGKAN PENUKARAN PENANAMAN GETAH KEPADA KELAPA SAWIT DI LAKUKAN SECARA BESAR-BESARAN, MAKA SKIM GAJI BULANAN HARUS DILAKSANAKAN KEPADA SEMUA PEKERJA LADANG DAN BUKAN HANYA KEPADA PENOREH GETAH.

Di keluarkan oleh:
Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang. (PWSC)