GERAKAN REFORMASI RAKYAT
 

Bicara Agama Astora" Timbulkan Perpecahan

Assalamualaikum WBT

Saudaraku Astora,

Dengan rasa ingin memelihara perpaduan umat Islam di Malaysia ini tanpa membataskan mana-mana golongan ataupun parti-parti politik saya menyeru dengan ikhlas supaya saudara memberhentikan sahaja penulisan saudara dalam ruangan " Bicara Ugama " dan " Debat" kerana jelas ia nya hanya menguntungkan sebelah pihak dan menimbulkan kemarahan di sebelah pihak yang lain.

Sebagai orang Islam kita dilarang keras menimbulkan rasa kebencian dan permusuhan bahkan diwajibkan memelihara hak-hak saudaranya selagi saudaranya itu tidak melanggar hak ALLAH dan RasulNya.

Akhir-akhir ini saya dapati banyak artikel penulisan saudara berkisar tentang strategi-strategi tertentu atau idea-idea yang patut digunakan bagi menghentam pihak yang tidak menyokong idea-idea saudara.Ini adalah salah satu penulisan yang tidak baik dan boleh menjerumus umat Islam di negara ini ke kancah perpecahan.

Mutakhir ini, pemimpin-pemimpin kita banyak menyeru kita supaya bersatu dan jangan berbalah untuk mengekalkan keharmonian masyarakat madani ini, jadi sekali lagi saya sebagai saudara Islam menasihati saudara supaya menghentikan sahaja ruangan saudara itu.

Sekian, semoga saudara di berkati.

Wasalam.

Mohametto
Bandar Jengka