GERAKAN REFORMASI RAKYAT
 

MANA DIA WIRA UMNO

 Salam Reformasi

Pergolakkan dalam UMNO tidak lagi boleh di sembunyikan. Antara mereka juga sudah berpecah-belah. Amalan politik UMNO lebih dahsyat dari parti lain kerana UMNO sedang memerintah. Memegang kedudukan dalam UMNO menjanjikan seribu kekayaan dan kuasa. Sungguhpun begitu ahli UMNO ada yang dalam diam menyokong Sdr Anwar Ibrahim. Sikap dalam diam menyokong Anwar Ibrahim mungkin adalah satu sikap penakut dan hipokrit. Sikap begini tidak akan dapat menyelamatkan maruah Malaysia yang kian lama kian pudar di mata dunia. Mereka yang diam menyokong Anwar harus bersuara setidak-tidak dalam UMNO untuk mendesak Mahathir meletak jawatan. Sebarang usaha kearah itu BUKAN menjatuhkan martabat diri mereka di mata UMNO malah antara UMNO akan terus mengecap mereka sebagai wira UMNO. Bagi orang UMNO sendiri UMNO perlu diselamatkan. Kehadiran MAHATHIR sebenarnya mencalar dan terus melukakan UMNO. Mahathir adalah bebanan bagi UMNO. Ini kenyataan dan ini hakikat. Selagi UMNO masih lagi memegang pada MAHATHIR maka pilihanraya akan datang pasti mengegarkkan UMNO. Kategori pemecahan UMNO bukan susah hendak kita kaji.

 

·        Pendokong hardcore Mahathir

·        Pendokong Anwar Ibrahim

·        Pendokong Najib Tun Razak untuk PM

·        Pendokong Abdullah Badawi untuk PM

·        Pendokong Mohamed Taib

 

Catas mencantas antara mereka berlaku. Mereka semua mahukan kedudukan PM. Mereka sama-sama membunuh politik musuh atau “rival” mereka. Ini terjadi. Abdullah Badawi dikatakan bukan “favourite” bagi Mahathir. Begitu juga Najib Razak. Siapa “favourite” Mahathir ? Entahlah. Mahathir sendiri konfius kerana pemilihan yang salah akan terus menjejaskan ekonomi anak-anaknya yang sedang rakus memnunggah harta rakyat. Mungkin benar juga kata-kata Sdr Anwar Ibrahim :

 

“Walau jasad terpenjara tetapi jiwa merdeka “ dan tidak seperti Mahahtir “ jiwanya terpenjara dan penuh gundah-gulana. Ini sebenarnya perasaan orang yang tahu akan dosanya dan cuba mententeramkan diri dengan mengatakan ini dosa orang lain.

 

Mahathir sebenarnya sedang memerhati siapa antara orang kanannya yang akan menjadi wira UMNO menentang dirinya. Sejuk seram Mahathir bukan hanya kerana jantungnya yang semakin letih tetapi kerana dosa-dosanya memburu dirinya sendiri.

 

Sayang, wira yang ada pada UMNO sedang sibok mengira duit dan menolak kemungkaran partinya sendiri.

 

Komentar

Bebaskan Anwar