GERAKAN REFORMASI RAKYAT
 


 MAHATHIR@MAHAFIRAUN  ADALAH PEMUSNAH BANGSA MALAYSIA

 

HAK KETUANAN MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM

 

Mahathir@Mahafiraun sewaktu menjadi ahli parlimen Kota Setar (UMNO) pada tahun

1965 di parlimen Malaysia telah membangkang dan menentang cadangan ahli parlimen

PAS mengenai usul melindungi dan menjamin hak-hak istimewa orang Melayu yang

beragama Islam.

 

Mahathir@Mahafiraun membantah dan membangkang sekeras-kerasnya " Dengan menjaga

hak istimewa orang Melayu secara bertulis dalam perlembagaan sebenarnya tidak

akan menjamin hak istimewa orang Melayu, hak istimewa ini juga melemahkan orang

Melayu " Mahathir@Mahafiraun mencadangkan supaya peruntukan perlembagaan

mengenai hak istimewa orang Melayu dihapuskan dan beliau akan memastikan perkara

ini berlaku,  sekiranya satu hari nanti,  beliau berkuasa.

 

Bapa kemerdekaan Almarhum Tunku Abd Rahman sendiri telah memecat

Mahathir@Mahafiraun dari UMNO (lama) berasaskan isu ketuanan Melayu ini jugalah

….dan kita perlu ingat faktor sejarah Mahathir@Mahafiraun ini adalah asas

pemerintahan beliau kini….dan tulisan beliau dalam Delema Malayu juga telah

mengukuhkan segala perancangan Mahathir@Mahafiraun untuk menghapuskan hak

ketuanan Melayu yang beragama Islam dalam perlembagaan persekutuan….???

 

Apakah rakyat dan bangsa Malaysia yang berketurunan Melayu yang beragama Islam

sedar siapakah Mahathir@Mahafiraun yang sebenarnya…..kenapa beliau beriya-iya

benar nak menghapuskan hak ketuanan Melayu dalam perlembagaan persekutuan…..dan

kita melihat secara berperingkat beliau telah mencabul dan meliwat mengenai isu

Melayu ini…..

 

a)      Menghapuskan kuasa-kuasa dan keistimewaan raja-raja Melayu

b)      Menghapuskan keistimewaan pelajar bumiputra dalam IPTA, dan mengalakan

pembinaan IPTS

c)       Tanah rizab Melayu dirampas satu persatu….tanah untuk projek mega

KLIA….PUTRAJAYA….    E-Village…..MSC…..KERPAN…..LANGKAWI……LABUAN……dan banyak

lagi…..??

d)      Sekatan biasiswa pendidikan kepada orang Melayu yang beragam Islam

e)      Kebebasan Agama Islam yang dianuti oleh orang Melayu disekat

f)      Hak memerintah orang Melayu Islam dan Kelantan disekat

g)      Hak royalti Minyak milik rakyat Melayu Islam Terengganu disekat

h)      Kuasa raja-raja Melayu dalam Agama Islam disekat

i)      Kuasa raja-raja Melayu dalam pemerintahan negara disekat

j)      Kuasa hakim-hakim Melayu disekat

k)      Kuasa Jabatan Agama Islam disekat

l)      Mengalakan dan menyediakan permaidani merah untuk orang barat (sekular)

menjadi rakan kongsi kerajaan Malaysia dalam semua urusan pentadbiran negara

serta projek MEGA Mahathir@Mahafiraun

 

Dengan fakta ringkas diatas, kita masih mengatakan Mahathir@Mahafiraun masih

lagi mempertahankan Hak Ketuanan Melayu beragama Islam di Malaysia….???

 

Secara nyata dan berfakta…. Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN memang telah

menjadikan Orang Melayu beragama Islam sebagai musuh utama mereka…..dan orang

Melayu Islam adalah manusia yang paling dibenci oleh Mahathir@Mahafiraun dan

juak-juaknya dalam UMNO@BN .

 

Secara totalnya Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN akan memastikan hak

keistimewaan Melayu yang beragama Islam akan dihapuskan dari perlembagaan

persekutuan….dan ini akan memudahkan perlaksanaan segala perancangan dan agenda

beliau seperti yang tercatit dalam buku Delema Malayu….???

 

Biarkan Mahathir@Mahafiraun bersama juak-juaknya UMNO@BN mengatakan SUQUI

sebagai komunis (tapi tarik balik cakap pada 15/9/2000 yang SUQUI itu bukan

Komunis) kerana menyentuh hak keistimewaan Melayu dalam tuntutan mereka…..kita

wajib sedar…. Mahathir@Mahafiraun hanya mengunakan David Chua dan SUQUI sebagai

kambing hitamnya agar orang Melayu yang beragama Islam akan bangkit dan

menentang segala perancangan dua kambing hitamnya ini……dan dalam waktu yang sama

ia akan menjalankan agenda dan perancangan sebenar beliau mengenai hak

keistimewaan Melayu dalam perlembagaan persekutuan……???

Apakah rakyat tidak tahu dan mungkin tidak pernah ambil tahu hubungan rapat

Mahathir@Mahafiraun dengan Presiden Fidal Castro dan beberapa pemimpin blok

komunis di barat…..kenapa Mahathir@Mahafiraun tidak sudi dan malah tidak mahu

berbaik-baik dengan pemimpin Islam dalam IOC di timur tengah……dan kenapa

Mahathir@Mahafirau bersetuju di PBB sebagai PM Malaysia dan ahli majlis

keselamatan PBB …agar serangan keatas IRAQ diluluskan……???Kenapa

Mahathir@Mahafiraun tidak pernah membantah sekeras-kerasnya serangan Israel ke

atas Semenanjung Gaza, di Palastin…..?? Kenapa Mahathir@Mahafiraun tidak pernah

membantah sekeras-kerasnya serangan RUSIA terhadap PAKISTAN dan BOSNIA…???

Siapakah sebenarnya Perdana Menteri Malaysia yang dicintai dan dipuja-puja oleh

UMNO@BN bernama makhluk perosak Mahathir@Mahafiraun ini…..???

 

Apakah rakyat dan bangsa Malaysia telah lupa dimana bumi dipijak dan dimana

langit dijunjung….??? Kerana mu Mahathir@Mahafiraun ……?? Apakah rakyat dan

bangsa Malaysia telah buta hati dan pemikiran dalam penghidupan ini akibat

terlalu memuja dan menyanjung Mahathir@Mahafiraun berserta UMNO@BN dalam

kehidupan harian mereka….???

 

Apakah rakyat dan bangsa Malaysia tidak pernah ambil tahu apakah yang dilakukan

dan dibuat selama 18 tahun Mahathir@Mahafiraun menjadi Perdana Menteri

Malaysia….???

 

Dimanakah orang Melayu yang mewakili 60% rakyat dan bangsa Malaysia…….???

Tiadakah suara dan kuasa untuk menentang kerakusan Mahathir@Mahfiraun serta

UMNO@BN dalam agenda mereka menghapuskan hak dan ketuanan bangsa dan rakyat

Malaysia….??? Kemana perginya anda semua….???

 

Dimana pergi fakta sejarah pejuang dan panglima Melayu dalam jiwa anda

semua…..adakah hanya ANWAR IBRAHIM seorang sehaja sanggup menjadi Hang Jebat

mempertahankan Hang Tuah…diperbodohkan oleh pemfitnah….??? Apakah sejarah

kesultanan Melaka akan berlaku kepada raja-raja Melayu di Malaysia ini…..???

Apakah kita rela melihat raja-raja Melayu di Malaysia di hapuskan terus dari

sistem pentadbiran negara…. Seperti Melaka yang kini tiada beraja lagi akibat

kelalaian bangsa Melayu sendiri….???

 

Apakah PAS dan KeADILan serta rakan Barisan Alternatif kini bercita-cita untuk

menghapuskan raja-raja dan ketuanan Melayu dalam sistem pemerintahan di

Malaysia….??? Apakah kita kini tiada jalan lain selain menghapuskan kuasa

raja-raja dan orang Melayu dalam perlembagaan persekutuan…dan terpaksa akur

dengan perancangan Mahathir@Mahafiraun dan UMNO@BN yang benar-benar mahu

menghapuskan kuasa raja-raja dan bangsa Melayu beragama Islam.

 

Atau rakyat dan bangsa Malaysia akan menjemput secara rasmi penjajah baru ke

negara Malaysia agar menjajah membentuk segala sistem pemerintahan dan

sosio-ekonomi mengikut acuan mereka seperti yang telah dilakukan oleh

Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN dan kuncu-kuncunya.

 

Apakah ditiada hari esok dan tempat bagi orang Melayu beragama Islam di Malaysia

ini….sehingga terpaksa kita berhijrah ke negara yang lain untuk menagih

simpati….??? Apakah nak kita biarkan segalanya dirampas dan difaraitkan oleh

Mahathir@Mahafiraun dan UMNO@BN .

 

Dimana letaknya maruah dan ajaran Nabi Muhamad s.a.w kepada orang  Melayu di

Malaysia ini….??? Apakah kita masih nak berbangga dan berkhayal yang orang

Melayu kini adalah satu keturunan yang kukuh dan kuat bersama

Mahathir@Mahafiraun dan UMNO@BN serta juak-juaknya.

 

Salam Perjuangan Kepada Semua Rakyat Dan Bangsa Malaysia….???

 

Khas buat Orang Melayu yang beragama Islam….bersatu kita semua mempertahankan

hak orang Melayu beragama Islam sebagai mana tanggung-jawap kita mempertahankan

agama suci Islam dengan penuh rasa bertanggung-jawap seperti yang di amanahkan

oleh Nabi Muhammad S.A.W kepada kita semua, Insya Allah.

 

" Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN  "

-  19hb.Sept.2000    Part 11.