Make your own free website on Tripod.com
GERAKAN REFORMASI RAKYAT
 

AMEno bertambah desperate

Sikap dan tindak ameno sejak 3,4 tahun kebelakangan ini amat mendukacitakan diri ameno sendiri. kerana apa sahaja tindakan ameno jelas menghampakan serta memakan diri ameno sendiri. RAKYAT malaysia bukan sahaja terus bertambah curiga dengan ameno malah bertambah menjauhi ameno. jika tidak, masakan dalam 3,4 tahun lalu ameno terpaksa bertungkus lumus memerangi bayang2 sendiri dari memikirkan pembangunan bangsa melayu dan negara.

syukur ke HADRAT ILLAHI dengan RAHMATNYA ini. takdir ALLAH dengan memberi petunjuk yang jelas akan tanda2 kebejatan ameno sejak dulu kini dan selama2nya nampaknya tidak dipersia2kan oleh RAKYAT. sikap ameno yang tak suka bertaubat dan bersengkongkol dengan pembejat semakin membuatkan RAKYAT bersemangatkan untuk menolak ameno ke liang lahadnya INSYAALLAH.

ameno yang sedang terpinggir ini semakin jelik dan ganas dalam sebarang tindakannya. amat sadis, trajis dan bengongnya bila ameno masih kekal bebal mengatakan apa sahaja ameno lakukan adalah betul orang lain tidak betul. walhal ianya berlawanan dengan apa yang RAKYAT fikirkan. ameno yang terkejut beruk kalah diterengganu mula menyerang terengganu secara sembrono. isu khwaraj, isu amanat hadi yang dah lapuk itu, isu royalti adalah contohnya. yang membengongkan ameno ialah makin ameno bersuara makin kuat suara RAKYAT mengatakan ameno MEMANG PEMBELIT. begitulah nasib bala yang sedang menimpa ameno.

bukti dan contoh ameno pembejat amat jelas. dari isu memenangkan perempuan bogel, isu ulamak dihalang dari berkata benar, isu menghina peribadi nabi, isu pemfitnahan keatas anwar, isu penipuan kiraan undi bagi pembentukan kerajaan, isu timbang sebelah dalam sistem kehakiman negara, isu pencabulan hak asasi RAKYAT sendiri, isu menggugut, mencurah pasir dalam periuk RAKYAT sendiri, isu sendiwara sauk, dan katakanlah apa sahaja isu semuanya menyatakan satu perkara:

iaitu ameno pembelit, pembohong, penipu, dengan cara memanipulasikan atau memperpolitikkan nya.

umum faham ameno terpaksa menipu dan bekerja keras dengan terus bersifat seperti seorang MUNAFIQ itu kerana ameno ingin menyelamatkan kepentingan kuasa dan politik mereka. ameno dan pemimpin2nya amat gentar dan tak lalu makan untuk mengenangkan satu detik nanti ameno dan pemimpinnya akan di cungkil dari liang lahadnya seperti yang dihadapi oleh mendiang marcos atau dikejar walau berada dalam "tidak siuman" spt suharto.

isu royalti adalah angkara bejat ameno yang terbaru. bermacam2 istilah, alasan dan definasi ameno kemukakan. ameno sangka dengan mereka cipta bermacam2 istilah orang terencat akal itu mata rakyat dapat ditutup dan akan akur untuk berbalik kepada ameno. tetapi suka dinyatakan jangan harap!!!! ameno akan tetap dan terus di tolak.

satu perkara yang ameno kekal dalam bebal ialah menuduh2 PAS, ADIL atau agen barat bila mereka sudah kesempitan. lucu sekali ameno nikan. lucu bengap. tangan sendiri yang bermungkar menuduh orang lain pula. tetapi apa hendak dihairankan itulah sifat semula jadi ameno. justeru itu rakyat terus berani untuk terus menolak ameno.

masyarakat antara bangsa juga turut menjauhkan diri dari negara pimpinan ameno keparat nih. tindakan ameno yang sering berhelah dan suka mencabul perjanjian menyebabkan pelabur asing tidak mempercayai dan bertindak keluar dari negara. amat malang negara malaysia kerana angkara pembejatan ameno RAKYAT terpaksa menerima kutukan dunia. keparat sungguh ameno kerana membenarkan keparatanya terpalit ketas RAKYAT sendiri.

sungguh pun begitu ameno jangan mimpi untuk lari dari pikulan keparatannya itu. tidak mustahil ameno akan mengikut jejak penzalim2 dunia yang lain untuk lingkup dalam kehinaan. ameno tidak terkecuali dari menerima hukuman SUNATULLAH. INSYAALLAH.

wallahualam