GERAKAN REFORMASI RAKYAT |
Melihat kembali Laman Hitam 14 April 2000 membawa Komentar kepada beberapa kenangan terhadap tuntutan Reformasi sewaktu program itu dijalankan. Rakyat pendokong reformasi bangkit dan kerajaan mengigil melihat kebangkitan rakyat yang sebegini hebat. Kerajaan menyalurkan segala jenteranya untuk menangani Program Black 14. Satu kebanggaan kita sebagai warga reformasi.
Sungguhpun begitu jalan melalui September 2000 ini mengingatkan Komentar kepada bulan yang penuh titik hitam pada sejarah kita Malaysia. Bulan ini menyaksikan pemecatan secara tidak adil Timbalan Perdana Menteri Sdr Anwar Ibrahim. Bulan ini menyaksikan kebangkitan golongan reformasi dan betapa hebatnya lautan rakyat di Dataran Merdeka, Masjid Negara, Sogo dan Jalan Tuanku Abdul Rahman bagi menuntut reformasi dalam kerajaan Malaysia. Bulan ini menyaksikan penangkapan Sdr Anwar Ibrahim pada 20 September 2000 lantas pemukulan , penderaan Rahim Noor keatas Sdr Anwar Ibrahim.
Tapi sayang , bulan ini belum nampak program yang boleh menandingi Black 14. Bulan ini melewati 15 hari dalam September 2000 tetapi setakat ini belum ada tanda bahawa kita harus berkumpul di Masjid Negara bagi menentukkan hak kita. Bulan Reformasi kali nampak sejuk dengan beberapa program Makan Malam dan program-program kecil-kecilan. Sunyi sungguh Reformasi kala ini. Kemanakan perginya pahlawan-pahlawan kita yang menjalankan program Black~14 tersebut.
Apakah program bulan Reformasi di jalankan dengan perancangan yang cukup jitu untuk memberi signal kepada kerajaan bahawa REFORMASI akan terus hidup. Maaf andai kalanya Komentar agak tegas dalam berkata-kata tetapi bulan Reformasi ini terasa janggal. Dua tahun sudah tuntutan di jalanan amat bersemangat sekali. Pergerakkan kita juga tidak kurang hebat pada tahun selepasnya. Tahun ini menyaksikan kebangkitan lagi dengan Black~14 .
Malangnya sesampainya Bulan Reformasi 2000 mungkin aturcaranya agak berbeza. Mungkin kita akan sama-sama mengingati Anwar dengan makan malam di bawah Dataran Merdeka. Jawatankuasa Bulan Reformasi memaklumkan bahawa kita perlu ada tiket untuk hadir di Dataran Merdeka tapi kali mungkin di bawah Dataran berlainan sedikit pada hari kebangkitan rakyat 1998 dahulu.
Komentar merasakan bahawa jaguh Black 14 harus bangkit dan menentukan bahawa kita mengadakan program yang lebih menyeluruh. Program yang memberi satu publisiti meluas bahawa tuntutan reformasi masih ke udara. Program yang akan menjangkau ke seluruh pelusuk negara dengan membawa mesej bahawa REFORMASI masih utuh dan tetap akan dituntut. Apakah sesuai kita mengadakan program melibatkan orang-orang kita yang sudah jelas menerima dan faham akan tuntutan reformasi.
Adalah matlamat kita andai desakan jalanan kita cukup momentum untuk menjana perubahan ( cukup sebagai penyampai mesej bahawa rakyat menuntut perubahan) maka desakan demokrasi akan datang memberi kesedaran menyeluruh bahawa tuntutan kita hanya untuk memastikan rakyat terjamin haknya dan mereka yang berkuasa di perhati penggunaan kuasa tersebut. Penjanaan ini sekali gus membawa kepada Suara Rakyat Suara Keramat.
Bulan Reformasi anjuran Jawtankuasa Bulan Reformasi setakat ini tidak nampak lengkap dengan aktiviti yang lebih menjana kepada desakan dan memberi kesedaran bagi mereka yang masih di benarkan ALLAH SWT melihat kebenaran. Hanya satu kritikan membina. Sungguhpun begitu kederat dan masa yang diambil untuk menjalankan Bulan Reformasi amat di hargai.
Bila agaknya REFORMASI itu di caj balik.
Komentar
Bebaskan Anwar Ibrahim.