GERAKAN REFORMASI RAKYAT |
KOMENTAR
20 SEPTEMBER 1998 TRAGEDI BUAT MALAYSIA
Semangat
Sdr Anwar Ibrahim kala itu cukup kental. Polis hadir dengan garang memecah
masuk untuk menangkap beliau. Beliau bersolat sebelum mengikuti polis untuk
pergi SEBAGAI PAHLAWAN. Iringan
ALLAHUAKHBAR mengiringi beliau untuk melangkah mengikuti arahan Dr Mahathir.
Beliau pernah berkata “ SAYA AKAN KEMBALI KERANA SAYA SEORANG PEJUANG”
merupakan kata-kata semangat yang tersemadi dikalangan kita. Berbekalkan
kata-kata LAWAN TETAP LAWAN, JIKA TAKUT AKAN RISIKO USAH BICARA TENTANG
PERJUANGAN dan REFORMASI maka bergegarlah senario politik negara
ini dengan kebangkitan rakyat Malaysia. Rakyat
dengan berani bangkit untuk memperjuangkan tuntutan REFORMASI. Sejak itu
rakyat Malaysia di sajikan dengan kekejaman demi kekejaman yang dilakukkan
oleh POLIS DIRAJA MAHATHIR. Bermula
dengan Tan Sri Rahim Noor dengan baculnya mendera dengan penuh kezaliman Sdr
Anwar Ibrahim sehingga memukul tanpa ehsan mereka yang bergelar reformis
jalanan. Inilah dia tarikh paling malang buat kita. Tarikh ini menyaksikan
kejadian-kejadian lain yang hanya jelas satu kezaliman buat rakyat yang hanya
mahukan kebenaran , keadilan dan tuntutan perubahan dari pemerintahan kuku
besi Mahathir. Sejak dari itu Malaysia di bawah BARISAN NASIONAL khususnya
UMNO sudah nampak tidak relevan. Sejak itu tentangan terhadap mereka memuncak.
Rakyat bangkit dan akan terus bangkit sehingga tuntutan reformasi ini berjaya
di julang. Tarikh inilah, bulan inilah REFORMASI menjadi wadah dan matlamat
pejuang kita.
REFORMASI
KOMENTAR
Buat Sdr Anwar Ibrahim, kami masih disini menentukan TUNTUTAN REFORMASI
20.09.2000
Salam Reformasi