Make your own free website on Tripod.com
hosted by tripod
E-mail this page to a friend Tell me when this page is updated
GERAKAN REFORMASI RAKYAT
 

Hak Bersolat dalam Tahanan

Soalan yang ingin saya ajukan ini ialah buat seluruh muslimin & muslimat.Tidak kira samaada mereka itu pemimpin atau rakyat biasa. Apakah apabila seorang muslim ditangkap dan ditahan,tak kiralah samaada dibawah ISA atau akta apa saja,maka haknya untuk menunaikan hak Allah iaitu bersolat juga turut ditahan.

Bagaimanakah keadaan ini boleh terjadi didalam sebuah negara yang mengaku sebagai sebuah negara Islam? Sebuah negara yang mempunyai P.M,T.P.M dan majoriti menteri kebinetnya juga berugama Islam;sebuah negara yang mempunyai raja-raja berpelembagaan yang juga berugama Islam.

Apakah Ketua Polis Negara dan anggota-anggota keselamatan yang bartanggungjawab keatas tahanan-tahanan tersebut bukan beragama Islam? Apakah pihak polis merasakan masyarakat tidak akan menghormati mereka sekiranya mereka bertolak ansur didalam hal solat ini?Imej yang bagaimanakah polis ingin tampilkan?Imej berani, tegas dan tidak gentar pada sesiapa jua termasuklah Allah yang mencipta mereka.

Jadinya atas alasan apakah mereka tidak dibenarkan bersolat?Atas alasan apakah tahanan-tahanan muslim dipakaikan dengan pakaian yang menampakkan aurat yang tidak memungkinkan mereka bersolat?Siapakah yang akan menanggung dosa meninggalkan solat tersebut?

Mengapakah majlis fatwa,majlis raja-raja,mufti-mufti, alim ulama-alim ulama,ahli-ahli politik pemerintah dan pembangkang,cendikiawan-cendikiawan, ahli-ahli profesional,mahasiswa-mahasiswa serta ahli ahli-ahli NGO's berdiam diri??? Apakah apabila seseorang itu ditahan,dia bukan saja hilang kebebasan,dia juga hilang identiti sebagai muslimin/muslimat?

Saya tidak sanggup memikirkan apakah bala & azab yang akan ditimpakan keatas orang Islam yang berupaya bersuara seperti majlis fatwa,majlis raja-raja, ahli-ahli politik & NGO's seterusnya umat Islam dinegara ini yang memilih untuk berdiam diri....

Jawab jangan tak jawab...!

UMIAZALEA,
Hamba Allah dulu,kini, dan selamanya........