Make your own free website on Tripod.com
hosted by tripod
E-mail this page to a friend Tell me when this page is updated
GERAKAN REFORMASI RAKYAT
 

Rakyat Kuala Pilah Bantah Penahanan ISA

Oleh : Biro Penerangan, Angkatan Pemuda Insaf Negeri Sembilan (APIns)

Sabtu, 21hb April 2001, Kuala Pilah - Seperti yang di umumkan APIns bersama Barisan Alternatif Kuala Pilah  hari ini menghantar satu laporan polis membantah penahanan 8 orang peminpin keADILan dan aktivis reformasi di bawah ISA. Penyokong berkumpul sekitar awal jam 9 pagi lagi di Pejabat keADILan Bahagian Kuala Pilah. Kelihatan beberapa orang pemuda keADILan sibuk mengedarkan risalah kepada penyokong yang berkumpul dan pengunjung pasar tani yang kebetulan di adakan setiap pagi sabtu di hadapan pejabat keadilan Kuala Pilah. Apabila kaunter yang menempatkan senarai tandatangan bantahan di buka orang ramai berkerumun menurunkan tandatangan sama-sama menyokong usaha membebaskan 8 orang yang ditahan dibawah akta zalim tersebut. 

Kira-kira jam 10.15 pagi semua penyokong naik ke atas untuk mendengar sedikit taklimat yang disampaikan oleh sdr. Nordin (Ketua Bahagian keADILan K.Pilah), dalam taklimat tersebut beliau menerangkan maksud bantahan ini dan yang paling pentingnya penyokong dapat menjaga tertib semasa berkumpul untuk menghantar laporan tersebut. Kira-kira jam 11.00 pagi penyokong yang mendengar taklimat turun bergabung dengan penyokong di bawah pejabat yang tidak dapat naik kerana tempat penuh. Dengan laporan yang dilampirkan dengan tandatangan 178 orang penyokong rombongan mula berarak ke Ibu Pejabat Polis Kuala Pilah. Rombongan kini mula disertai oleh Sdr. Shamsul (S/U keADILan N.Sembilan) , Sdr. Rosli (Naib Ketua Pemuda keADILan N.Sembilan)  dan Badrul Hisham (Exco Pemuda keADILan Negeri). Namun sampai di Balai Polis kami di tunggu oleh hampir seratus anggota polis beruniform dan tidak beruniform. 

Hanya 5 orang dibenarkan masuk iaitu antaranya Sdr. Shamsul , Sdr. Nordin, Sdr. Badrul, Sdr. Rosli. Penyokong yang bersama-sama menghantar laporan diarahkan bersurai. Namun atas semangat yang tinggi mereka tetap berkumpul di sebarang jalan menghadap IPD Kuala Pilah. Setelah hampir 10 minit pemimpin BA masuk ke balai polis telah mula kedengaran laungan reformasi , hapuskan ISA dan bebaskan tahanan ISA. Jalan juga mula sesak kerana pemandu memperlahankan kenderaan sambil membunyikan hon tanda sokongan. Ketika itu Kelihatan Sdr. Badrul keluar dari balai dan menyeberang jalan menyertai penyokong yang lain. Beliau cuba menenangkan keadaan dengan ucapan motivasinya. Keadaan terkawal juga kelihatan anggota trafik mula dikerahkan mengawal lalulintas. Hampir satu jam sudah berlalau keadaan yang panas telah menyebabkan penyokong mula mencarai tempat berteduh. Namun kira-kira 50 orang  terus sedia menunggu dalam panas terik. Satu panggilan dibuat ke rombongan di dalam balai bertanyakan apa yang berlaku. Pelik mengikut satu sumber yang menelefon berkata selepas laporan diterima rombongan tersebut dikehendakai memberikan kenyataan secara berasingan (orang yang membuat laporan disoal siasat dulu ?). 

Kira kira jam 1.00 tengahari baru kelihatan kelibat rombongan keluar dari balai polis. Mereka disambuat oleh laungan reformasi dari penyokong yang berkumpul. Sdr. Nordin selaku Ketua Bahagian memberikan kenyataan bahawa lapoaran tersebut diterima dan mengambil masa agak lama kerana Timb. OCPD K.Pilah mahu mengambil kenyataan mereka secara berasingan. Menurut beliau lagi ini merupakan satu permulaan rakyat K.Pilah bangun membantah penahanan yang bermotifkan politik ini. Selepas ini semua jentera parti peringkat bahagian akan digerakkan untuk memberikan penerangan mengenai akta zalim ini yang digunakan untuk menyelamatkan Rejim BN yang korup dan zalim. Selepas itu penyokong mula bergerak ke masjid Kuala Pilah untuk solat Zohor dan seterusnya Solat Hajat menggagalkan tipu daya pemimpin zalim ini.