Make your own free website on Tripod.com
hosted by tripod
E-mail this page to a friend Tell me when this page is updated
GERAKAN REFORMASI RAKYAT
 

Laporan Polis Angkatan Pemuda Insaf Negeri Sembilan

Bahawasanya kami (nama seperti dilampirkan) sebagai warganegara yang bencikan kezaliman dengan ini ingin membuat satu laporan membantah penahanan 8 pemimpin keADILan dan aktivis reformasi di bawah ISA. 

          Penahanan ini adalah tidak sah terutamanya penahanan 7 orang yang awal kerana jelas berdasarkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Abdullah Ahmad Badawi di mana beliau mengeluarkan kenyataan kepada media (dilobi parlimen) yang disiarkan oleh media arus perdana bahawa beliau belum lagi mendatangani surat mengarahkan penahanan di bawah ISA. Walhal pada masa itu Ketua Polis Negara (KPN) telah pun menyatakan penahanan ini di bawah ISA. Apakah KPN mempunyai kuasa melakukan penahanan di bawah ISA ? 

          Penahanan kerana andaian (semata-mata) bahawa akan berlaku kekecohan dan keganasan melambangkan sifat ketidakprofesionalisma Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Kementrian Dalam Negeri (KDN) dalam menjalankan tanggungjawab. 

          Tuduhan yang dibuat khususnya melalui kenyataan media PDRM bertarikh 11 April 2001 adalah palsu semata-mata serta berniat jahat. 

          Jelas tidaka ada sebarang perancangan mengulingkan kerajaan secara militan serta menggunakan kekerasan dengan mengunakan bahan letupan dan senjata seperti yang dituduh. Perjumpaan Jawatankuasa secara sulit juga tidak wujud kerana setiap kali perjumpaan akan diadakan sidang media menjelaskan perihal perbincangan yang berlansung dan semua ahlijawatankuasa itu diisytiharkan. Adakah ini melambangkan ia perjumpaan sulit. 

          Tuduhan liar seperti mengunakan guru-guru silat serta mendapatkan pengarauh sebilangan anggota keselamatan tidak masuk akal dan sekali lagi tidak berasas dan berniat jahat. Kami menuntut pihak polis menyatakan bukti kukuh yang dikatakan oleh Norian Mai,KPN sebagai mempunyai bukti.

          Kami pasti semua penahanan ini bermotifkan politik semata-mata kerana jelas Program Penyerahan Memorandum 14 April yang dikatakan perhimpunan ganas satu pembohongan KPN. 

          Walaupun selepas aktivis reformasi, NGO, parti politik (khususnya keADILan) dan perbagai pertubuhan membuktikan program 14 April berjalan dengan aman satu lagi tangkapan di buat keatas pemimpin keADILan yang berpontensi dan berpengaruh ( Dr. Ust. Badrul Amin ).Ini menguatkan lagi hujah bahawa tangkapan ini bersifat politik kotor dan zalim. Semata-mata bertujuan melemahkan Parti Keadilan Nasional (keADILan)-Barisan Alternatif (BA) yang semakin berani membongkarkan rahsia kepincangan sistem yang diterajui Barisan Nasional (BN). 

          Mengapa telah banyak laporan polis dibuat terhadap penyelewangan pemimpin BN tidak diambil tindakan walaupun disertakan bukti kukuh dan apabila tuduhan walaupun belum terbukti tetapi dikaitkan dengan pembangkang tindakan segera pihak polis diambil ? Kami gusar satu masa nanti rakyat tidak akan mempercayai PDRM dan menuduh PDRM menjadi alat untuk pihak tertentu menutupi kepincangan sistem yang diterajuinya dan terus kekal berkuasa. Ataupun adakah wujud layanan undang-undang berdasarkan status dilaksanakan di negara ini ?

         Kami dengan ini menyatakan pendirian mengutuk sekeras-kerasnya tangkapan zalim ini dan mendesak pembebasan segera demi membuktikan ketulusan PDRM-KDN. Jika benar mereka bersalah dan bukti yang dikatakan KPN itu benar-benar wujud dakwa segera mereka di mahkamah.

 

SHAM SHAHARIN
ANGKATAN PEMUDA INSAF NEGERI SEMBILAN (APIns)

justiceman@catcha.com