GERAKAN REFORMASI RAKYAT |
Sudah dua tahun kepercayaan rakyat terhadap pimpinan barisan nasional tergugat dan sudah dua tahun juga idola pelajar malaysia DATO SERI ANWAR IBRAHIM terpenjara oleh kezaliman.
Golongan pelajar yang satu masa dahulu begitu bersemangat menentang kerajaan secara terbuka kini semakin kendur semangat mereka....saya yakin bukan kerana BN berjaya mempengaruhi mereka tetapi golongan pelajar ini lebih menantikan isu panas yang mungkin menjelma...dapat dilihat kebangkitan palajar akan berlaku sekiranya sesuatu isu di timbulkan seperti kes racun arsenik(sebagai contoh).Apa yang menjadi persoalan saya sekarang mengapa pelajar hanya tertumpu kepada sesuatu isu semata-mata sedangkan terlalu banyak isu yang boleh di perjuangkan oleh golongan pelajar yang melibatkan hak dan penindasan terhadap pelajar sendiri...isu-isu seperti penswastaan universiti,pinjaman ptptn,AUKU dan pelbagai lagi isu sensasi yang secara terang-terangan menyekat hak serta menindas golongan pelajar tidak di perjuangkan secara berterusan.Seharusnya perjuangan golongan pelajar terutamanya mahasiswa perlu lebih bersemangat dan lebih berani untuk menuntut hak sebagai bakal pewaris kepimpinan tanah air sendiri bukan menggadai amanah yang di berikan oleh rakyat kepada golongan ini
Antara golongan berstatus pelajar yang dilihat lebih suka mendiamkan diri sedangkan mereka adalah golongan pelajar yang tergolong dalam kategori ditindas secara maksimum adalah golongan pelajar atau pelatih maktab perguruan.Walaupun mereka menerima elaun sebanyak RM345.00 sebulan(sebelum dipotong untuk PGP,hostel dan sebagainya)tetapi jumlah tersebut hanya terselit di celah gigi mereka.Bayangkan seorang bakal guru terpaksa makan ubi kayu untuk mengisi perut mereka apabila elaun seringkali lewat di bayar..ini adalah kenyataan yang terpaksa di hadapi oleh bakal pendidik yang bakal menjadi lilin untuk menerangi orang lain sedangkan mereka untuk membeli lilin pun kadangkala tak mampu.Pemberian elaun RM345.00 sebulan tidak termasuk untuk perbelanjaan untuk makan minum,kerja khusus,alat bantu mengajar dan sebagainya.Kenyataan yang sebenarnya memang wujud proses memasak ubi kayu di rumah guru pelatih apabila akhir bulan semakin menjelma.Pelatih-pelatih maktab perguruan ini perlu memperjuangkan hak mereka demi membantu diri sendiri dan golongan pelajar yang bakal menjejakkan kaki kealam perguruan.Apabila timbul kisah guru menghasut murid membenci kerajaan guru seringkali di persalahkan sedangkan pernahkah kerajaan mengambil berat tentang keperluan mereka semenjak mula mereka menjejakkan kaki ke maktab-maktab perguruan.Pada pandangan saya seorang guru perlu mendidik murid dengan baik dan salah satu cara menarik minat murid untuk belajar adalah dengan mengutarakan isu-isu semasa serta menarik minat murid untuk berbincang tentang isu semasa ini.
Saya menyeru semua golongan pelajar terutama pelatih maktab perguruan,mahasiswa universiti dan kolej serta semua golongan pelajar supaya bersatu supaya kita dapat memperjuangkan hak kita bersama. Tidak salah sekiranya kita berhimpun secara aman untuk menyuarakan hak kita memperjuangkan nasib bangsa agama dan negara kita. saya merancang untuk mengadakan himpunan besar-besaran pelajar semua golongan dan rakyat bertempat di jabatan perdana menteri putrajaya tidak lama lagi, kebenaran telah di berikan oleh DR.M sendiri(secara tidak langsung)kerana kalau parti BN boleh berhimpun sambil menjerit-jerit di Putrajaya dulu yang kononnya perhimpunan menyokong umno mempertahankan hak orang melayu sudah tentu kita golongan pelajar juga boleh berhimpun di putrajaya dengan niat memperjuangkan hak kita sebagai golongan pelajar...Dan akhir sekali saya menyeru semua golongan pelajar supaya kita bersatu menjayakan perhimpunan memperjuangkan hak golongan pelajar ini dan tarikh perhimpunan akan di berikan kemudian kerana perancangan yang cukup teliti perlu di lakukan untuk memastikan suara kita boleh menggegarkan putrajaya nanti.Kepada semua golongan pelajar nyatakan sokongan anda kepada kami di GABUNGAN KUASA PELAJAR MALAYSIA dengan memberikan pendapat,sokongan dan semangat melalui email kami di students_power@freeanwar.com
STUDENTS POWER!!!!!!
STUDENTS POWER!!!!!!
STUDENTS POWER!!!!!!