Make your own free website on Tripod.com
hosted by tripod
E-mail this page to a friend Tell me when this page is updated
GERAKAN REFORMASI RAKYAT
 

Pak Din-Tahanan Ke-10 ISA

Berita Terbaru - 11.10 am

Sehingga kini, keluarga Badaruddin Ismail (Pak Din Wangsa 
Maju) 
tahanan terbaru ISA belum menerima butir lanjut mengenai
penahanan beliau.

Menurut anaknya Emelia, 24 tahun, seorang yang mengaku 
dirinya 
sebagai Inspektor Faizal
menghubungi beliau pukul 9.30 pagi memberitahu ayahnya 
ditahan.

Inspektor Faizal, menurut Emelia enggan memberitahui di mana 
Badaruddin ditahan dan tuduhan
terhadap beliau.

Bagaimanapun Inspektor Faizal memberitahu beliau akan 
menghubungi 
Emelia kemudian.

Badaruddin, seorang reformis dan aktivis sosial daripada 
pertubuhan hak asasi SUARAM ditangkap pukul 9.05 pagi tadi di
Taman Melewar.

PSARAFHQ-26/4/2001REFORMASI & ISLAH