SDR ANWAR IBRAHIM

 

 

Tanggal 10 Ogos 1947, Kampung Ceruk Tok Kun Anwar Ibrahim dilahirkan. Semenjak kecil anak ini dilihat kerap bergaul dengan mereka yang tidak seangkatan dengan umurnya. Dari Maktab Melayu Kuala Kangsar anak ini melanjutkan pendidikannya ke Universiti Malaya. Di Universiti Malaya inilah anak muda ini sudah menunjukkan sikap kepimpinan dan keperihatian terhadap kesusahan dan penderitaan rakyat. Sebaik sahaja menamatkan pelajarannya pada tahun 1971 beliau mengambil initiatif untuk membuka Yayasan Anda khas untuk membantu pelajaran anak-anak Melayu. Pada waktu yang sama beliau telah menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia atau singkatannya ABIM.

Sikap keperihatinannya terhadap nasib petani-petani di Baling maka pada 19 November 1974 belaiu bersama hampir 1,000 petani menyatakan bantahan terhadap kebuluran yang berlaku disana. Pada 21 November sehingga 13,000 orang membantah kenaikkan harga barangan dan kejatuhan harga getah.

 

Beliau memang sah merupakan juara rakyat Malaysia dalam usia yang begitu muda apabila 30,000 orang berkumpul di Baling berdemonstrasi. Kegagalan kerajaan menyelesaikan masalah ini menyebabkan satu demonstrasi besar-besaran diadakan di Selangor Club (sekarang ini Dataran Merdeka) pada 3hb Disember tahun itu. Lantaran itu Anwar Ibrahim dan beberapa rakan lain telah di tahan di bawah Akta Kejam ISA dan di bebaskan pada tahun 1976  setelah 20 bulan di penjara.

 

 

 

 

 

                                                          bersambung