Kenyataan Pertama Gerakan REfORMASI Rakyat
'Anjakan Paradigma Gerakan REfORMASI'

Tafakur boleh diertikata sebagai merobah ,menilai semula, reform dan  ini amat perlu dalam membangunkan ummah, bangsa dan negara. Dalam mengorak langkah ke agenda perubahan, pengauditan yang total amat perlu.Selangkah kebelakang bukan ertinya berundur.

" Dalam keadaan media utama yang di kongkong dan di kawal selia , Saluran maklumat alternatif cukup kritikal apatah lagi buat meneruskan agenda  REfORMASI .

Meski pun cara terbatas ahli-ahli reformasi perlu mengikuti dari dekat perkembangan parti dan reformasi. Semua pihak perlu diberikan sedikit waktu agar dapat kita tangani pemasalahan secara bijaksana dan janganlah beri kesempatan kepada musuh mempersulitkan kedudukan rumit ini. Penilitian dan kebijaksanaan saudara saudara sangat perlu  Percayalah semangat dan agenda REfORMASI tidak pernah luntur dan akan diperjuangkan dengan gigih."

'Bertafakur sementara' mendendangkan beribu-ribu tafsiran, rintihan dan persoalan. Namun yang jelas webmaster tidak luntur dan tidak menyimpang dari asas Kebenaran, Keadilan dan Islah walaupun pelbagai spekulasi, pendapat, fitnah dan tohmahan dilemparkan kepada para webmaster.Perjuangan kami adalah ikhlas, tiada pangkat dan kedudukan yang dikejar dan dicari. Risiko yang diambil begitu tinggi dimana akta zalim ISA sentiasa menunggu kami.

Parti adalah salah satu wadah perjuangan dan hak rakyat manakala webmaster dan laman-laman pro-REfORMASI adalah salah satu dari mekanismanya dan kepunyaan rakyat . Jelas Parti keADILan Nasional mempunyai ciri demokrasi tulen, bebas bersuara dan kawalan dalaman  yang jitu (Internal Control),berbeza dengan UMNO atau BN yang dicucuk hidungnya dan menjadi Pak Angguk. Perbezaan inilah yang membuat keADILan begitu menonjol walaupun pada usia yang begitu muda.

Kami kagum dengan teguran, kritikan positif dan pandangan-pandangan yang diberi menunjukkan sikap prihatin , rasa self belonging dan tanggungjawab dari pelbagai pihak akan senario keADILan dan laman-laman pro-REfORMASI . Syabas rakyat Malaysia yang mahukan reformasi .Pendukung parti keADILan perlulah bersikap matang dan bijaksana dalam melihat sesuatu isu.Sikap sebegini akan dapat menghalang tohmahan tidak berasas dan fitnah dimana unsur-unsur inilah yang melemahkan dan memecah belahkan parti.

Yang ditegur ambil sikap positif dan jika anda bukan the best out of the best, beri laluan , undur, jangan amalkan sikap Mahathirism.

Kami percaya pimpinan keADILan adalah terbuka, peka dan responsive,  bukannya sebuah mekanisma yang defensif  dengan melatah pada media yang selalu memanipulasikan dan membelakangkan kebenaran dan keadilan .

Tenaga berkaliber, excellence , fighter dan mature amat diperlukan lebih-lebih lagi di Teluk Kemang . Kami menyeru semua bersatu tenaga membantu calun kita Ruslan Kassim menentang kezaliman dan menjana kejayaan.
"Oh ya, Troli beg yang ditinggalkan dekat Trengganu masih belum saya bagi dekat Ustaz"

Insya Allah, kami berpegang teguh kepada DEKLARASI BERSAMA GERAKAN REfORMASI RAKYAT dan bergerak sebagai media yang benar yang menyampaikan berita yang telus, penuh akauntabiliti dan tidak bersifat prejudis. Kami sanjung penghargaan dan keprihatinan rakyat ke atas peranan kami sebagai media alternatif. Kami akan terus berkhidmat untuk rakyat demi kepentingan rakyat.