GERAKAN REFORMASI RAKYAT |
KOMENTAR
BPR TIDAK JUJUR DALAM SIASATAN PERWAJA STEEL
Apakah
BPR ikhlas dan jujur dalam menyiasat kes Perwaja Steel?
Price Water House sebagai mereka yang telah melaksanakan lapuran
perakuanan sudah menunjukkan beberapa keganjilan dalam perjalanan pemberian
kontrak dan pembayaran. Lapuran PriceWater House juruodit akuan telah
dikeluarkan untuk rujukan Pedana Menteri Malaysia pada 28 May 1996 tetapi
sehingga kini belum ada sesuatu yang konkrit dari BPR tentang aktiviti rasuah
dalam syarikat tersebut.
Price
Water House dalam lapurannya menunjukkan bahawa pembayaran 76.4 juta ringgit
untuk NKK Corporation di letakkan sebagai “ UNUSUAL OR SIGINIFICANT
TRANSACTIONS AND PAYMENTS”.
Komentar
telah memberi imbasan dokumen pembayaran Perwaja Steel berserta vocher
pembanyaran, kelulusan pembayaran dan arahan kepada Bank Bumiputra untuk
pembayaran.
Semua
dokumen ini boleh disiasat dan ianya menjerumus kepada beberapa keganjilan
mainan Tan Sri Eric Chia. Ini sudah terbongkar semenjak tahun 1996 dan setakat
ini BPR hanya mampu mengatakan bahawa mereka sudah berjaya menentukan mana wang
tersebut sekarang ini.
ANTARA
PENCARIAN DI MANA WANG TERSEBUT DENGAN SIAPA YANG BERTANGGUNG JAWAB DALAM
PERKARA TERSEBUT.
Hampir
4 tahun perkara itu terbongkar tetapi tidak ada satu perkara konkrit yang nampak
di laksanakan oleh BPR. Eric Chia masih tidak di siasat atau di tahan untuk
siasatan. Mahathir yang dokumen kelulusan pembayaran datang dari arahannya tidak
juga menjadi satu keganjilan buat BPR.
Kita
dapat lihat bahawa permainan Perwaja Steel dilaksanakan oleh mereka yang rapat
dengan Perdana Menteri. Kita lihat yuran guaman bagi beberapa perjanjian dalam
Perwaja Steel. V.K Lingam yang
terlibat dalam skandal etika Ketua Halim Negara menerima berjuta-juta ringgit
sebagai yuran guaman. V.K Lingam adalah antara mereka yang rapat dengan Eusoff
Chin dan Ketua Hakim Negara mendapat lanjutan khidmat dari Dr Mahathir. Yuran VK
Lingam berjumalah hampir RM 12,204 juta.
Mereka
yang terlibat dalam kemelut Perwaja Steel sepaptutnya kini berhadapan dengan
tuduhan rasuah tapi sebaliknya setelah 4 tahun berlalu BPR hanya mampu membuat
kenyataan akhbar yang hanya menunjukkan peningkatan yang sedikit dalam siasatan
kes mereka. Mereka gagal menjawab apakah kes tersebut mengambil masa yang amat
lama untuk di selesaikan.
Lapuran
Price Water House jelas menunjukkan bahawa terdapat beberapa kekeliruan dan
keganjilan dalam pembayaran dan pengendalian kontrak. Ini semua tidak diakui
oleh BPR. Sebaliknya BPR lebih gemer bermain dengan kes-kes lessen terbang dan
lesen palsu. Itu lebih mudah kerana penangkapan mereka yang terlibat tidak akan
di bela oleh Mahathir dan regimnya.
Kita
lihat dokumen Price Water House yang menunjukkan bahawa terdapat pembayaran
sebanyak RM 103 juta ringgit yang di buat kepada Man Shoon Group of Companies
yang tidak mempunyai dokumen sahih.
Bayaran
Man Shoon Group Of Companies
Imbasan
pecahan pembayaran Man Shoon
103
juta ringgit pembayaran yang tidak berdokumen
APA
SEBENARNYA MASALAH BPR
BPR
akan mengatakan bahawa mereka sedang giat menjalankan penyiasatan tetapi tidak
boleh memperbesarkan siasatan tersebut kerana tidak mahu menganggu penyiasatan.
Ini boleh kita terima tetapi bolehkan kita terima siasatan yang mengambil masa
yang paling lama sedangkan kes kerugian/kehilangan wang Perwaja Steel adalah kes
besar yang melibatkan berjuta-juta ringggit.
4
tahun untuk menjalankan siasatan pada hemat Komentar adalah kerana campur tangan
kepimpinan UMNO khususnya Mahathir dalam siasatan tersebut.
Eric
Chia pasti mampu membuktikan (sekiranya beliau tersempit ) bahawa peranan
Mahathir juga wujud dalam skandal kewangan yang besar dan bersejarah ini. Ini
semua mainan mereka dalam menutup dan membela mereka yang mengamalkan perbuatan
rasuah dan merasuah. Andai mereka khususnya regim Mahathir tidak membantu Eric
Chia maka Eric Chia terpaksa mengheret Mahathir sekali dalam skandal Perwaja ini.
Itulah sebabnya setakat ini BPR tidak dapat menjalankan kerja mereka dengan
bebas tanpa halangan dan tekanan.
BPR
kalau dilihat dari sudut kelewatan pengendalian kes ini berpunca dari tekanan
pihak kepimpinan kerajaan khususnya Mahathir. Inilah punca BPR dikatakan tidak
bebas dan tidak ada kredibiliti apabila menyiasat rasuah yang melibatkan nama
kepimpinan negara yang besar.
Bagi
KOMENTAR BPR tidak ikhlas dan tidak berakhlak dalam menyiasat perkara ini.
KOMENTAR
Bebaskan Anwar Ibrahim
21.09.2000