GERAKAN REFORMASI RAKYAT
 

KOMENTAR

20 SEPTEMBER 1998 TRAGEDI BUAT MALAYSIA

 

Semangat Sdr Anwar Ibrahim kala itu cukup kental. Polis hadir dengan garang memecah masuk untuk menangkap beliau. Beliau bersolat sebelum mengikuti polis untuk pergi SEBAGAI PAHLAWAN.  Iringan ALLAHUAKHBAR mengiringi beliau untuk melangkah mengikuti arahan Dr Mahathir. Beliau pernah berkata “ SAYA AKAN KEMBALI KERANA SAYA SEORANG PEJUANG” merupakan kata-kata semangat yang tersemadi dikalangan kita. Berbekalkan kata-kata LAWAN TETAP LAWAN, JIKA TAKUT AKAN RISIKO USAH BICARA TENTANG PERJUANGAN dan REFORMASI maka bergegarlah senario politik negara ini dengan kebangkitan rakyat Malaysia.  Rakyat dengan berani bangkit untuk memperjuangkan tuntutan REFORMASI. Sejak itu rakyat Malaysia di sajikan dengan kekejaman demi kekejaman yang dilakukkan oleh POLIS DIRAJA MAHATHIR.  Bermula dengan Tan Sri Rahim Noor dengan baculnya mendera dengan penuh kezaliman  Sdr Anwar Ibrahim sehingga memukul tanpa ehsan mereka yang bergelar reformis jalanan. Inilah dia tarikh paling malang buat kita. Tarikh ini menyaksikan kejadian-kejadian lain yang hanya jelas satu kezaliman buat rakyat yang hanya mahukan kebenaran , keadilan dan tuntutan perubahan dari pemerintahan kuku besi Mahathir. Sejak dari itu Malaysia di bawah BARISAN NASIONAL khususnya UMNO sudah nampak tidak relevan. Sejak itu tentangan terhadap mereka memuncak. Rakyat bangkit dan akan terus bangkit sehingga tuntutan reformasi ini berjaya di julang. Tarikh inilah, bulan inilah REFORMASI menjadi wadah dan matlamat pejuang kita.

 

REFORMASI

 

KOMENTAR

Buat Sdr Anwar Ibrahim, kami masih disini menentukan TUNTUTAN REFORMASI   

20.09.2000

Salam Reformasi